Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembelian 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
buying-inbelian paksa; pembelian dalamPentadbiran PerniagaanTiada1. Belian paksa: Pembelian semula sesuatu sekuriti dalam pasaran terbuka apabila penjual gagal membuat penyerahan skrip sekuriti dalam tempoh tertentu.
discountdiskaunEkonomiTiada1. Potongan ke atas harga barang yang dibeli secara tunai. Harga barang tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dibayar secara ansuran. Diskaun menggalakkan pembelian secara tunai. Sinonim diskaun tunai. 2. Perbezaan antara harga pembelian saham atau aset kewangan yang lebih rendah daripada nilai mukanya. Diskaun ini bergantung pada tempoh matang belum habis dan risiko yang terlibat dengan pemegangan aset tersebut.
bai‘ ‘inahjual beli asetPerniagaan IslamTiada1. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya pada harga tunai dan disusuli pembelian semula oleh penjual dengan harga tangguh yang lebih tinggi. Contohnya, pelanggan menjual aset kepada bank dengan harga tunai RM5 000 dan kemudian bank menjual semula aset tersebut kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500. 2. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya kepada pembeli pada harga tangguh dan disusuli dengan pembelian semula oleh penjual dengan harga tunai yang lebih rendah. Contohnya, bank menjual asetnya kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500 dan kemudian bank membeli semula aset tersebut daripada pelanggan dengan harga tunai RM5 000. Bentuk jual beli ini diharuskan oleh syarak untuk memenuhi hajat pelanggan mendapatkan wang tunai tetapi bukan aset yang diakadkan. Sinonim ‘inah.
depositdepositPentadbiranTiada1. Simpanan pelanggan dalam bank. 2. Wang pendahuluan bagi setiap pembelian barangan atau perkhidmatan.
charge accountakaun cajSosiologiTiada1. Akaun yang masih belum diterima dalam bentuk tunai.,2. Akaun pembeli atau pelanggan dengan penghutang, di mana semua pembelian akan dicajkan.
call money ratekadar wang panggilanPentadbiran PerniagaanTiada1. Kadar faedah yang dibayar oleh firma broker kepada pinjaman yang digunakan untuk membiayai pembelian margin oleh pelanggan firma tersebut.

Kembali ke atas