curtain weight | pemberat langsir; pemberat tabir; pemberat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
Prony brake | brek Prony | Kejuruteraan | Tiada | Dinamometer penyerapan yang terdiri daripada sepasang bongkah geseran yang terbolt di antara kedua-duanya pada gelendong brek, dengan kilas yang diserap diimbangi pemberat-pemberat di hujung lengan kilas yang terlekat pada bongkah-bongkah berkenaan. |
diving weight | pemberat selam | Perikanan | Tiada | Pemberat yang dilekatkan pada tali pinggang penyelam bagi memudahkan penyelam tenggelam di dalam air. Jumlah pemberat disesuaikan mengikut daya apungan penyelam dan saiz tangki skuba. Penyelam yang berbadan besar biasanya mempunyai daya apungan positif, oleh itu pemberat selam dalam kuantiti yang banyak diperlukan bagi membolehkannya tenggelam. Sinonim pemberat pinggang. |
Arlesey bomb | pemberat gerak | Perikanan | Tiada | Pemberat berbentuk buah pear, yang mempunyai kili yang boleh dilalui tali. Pemberat ini berfungsi untuk menenggelamkan umpan dan mengelakkan ikan daripada mengesan rintangan pada pemberat. Sinonim ladung Arlesey. |
lead pellet | pemberat plumbum | Perikanan | Tiada | Pemberat yang diperbuat daripada plumbum. Pemberat ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. |
rolling leger | pemberat berlubang | Perikanan | Tiada | Pemberat yang berbentuk bebola berlubang bagi membolehkan tali pancing melaluinya dan tenggelam di dasar sungai. Pemberat ini membolehkan aktiviti memancing dilakukan di kawasan dasar sungai yang luas. |
counterweight | pemberat imbang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pemberat yang diletakkan pada aci engkol, yang bertentangan dengan setiap cemat engkol. Pemberat ini digunakan untuk mengurangkan getaran dan beban pada galas. |
weightbelt | pemberat pinggang | Perikanan | Tiada | Lihat pemberat selam. |
message weight | pemberat mesej | Komunikasi | Korporat | Jumlah kasar mesej pengiklanan yang disalurkan oleh sesuatu saluran dalam sesuatu jadual rancangan. Pemberat mesej dikenali juga sebagai tanggapan kasar dan titik penarafan kasar. Kekuatan mesej boleh dilihat dari segi saiz keseluruhan khalayak yang terdedah kepada sesuatu set iklan atau sesuatu kempen. Proses pendedahan ini juga dikenali sebagai peluang tontonan. Jumlah khalayak yang terdedah kepada sesuatu rancangan pada suatu tempoh menentukan kekerapan penyiaran sesuatu iklan. Tanggapan kasar dan titik penarafan kasar ini juga dikenali sebagai taburan mesej. Taburan mesej ditakrifkan sebagai tempat, tempoh, dan kekerapan iklan yang sepatutnya muncul melalui sesuatu saluran atau rancangan. Oleh itu, perancang media perlu memahami saiz khalayak dan pemberat mesej. |
dynamic augment | imbuh dinamik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Daya yang dihasilkan oleh bahagian atau komponen bersaling tak seimbang seperti pemberat yang dipasang pada aci engkol dalam enjin kenderaan. Jika pemberat tidak terimbang secara dinamik, pemberat boleh menyebabkan gegaran kepada sistem dan kerosakan enjin. |