Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberian;

Peribahasa

Bagai gembala diberi keris.

Bermaksud :

Pemberian yang tidak berfaedah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
import authorisationpemberian kuasa importHerbaPeraturan dan PemasaranProses membenarkan syarikat untuk mengimport produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, pemegang pemberitahuan kosmetik boleh mengimport produk kosmetik setelah pemberian kuasa import diberikan dalam nota pemberitahuan. Walau bagaimanapun, pemberian kuasa import juga boleh diberikan kepada syarikat dengan kebenaran Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Farmasi untuk tujuan pensampelan pasaran, penilaian dalaman, pengeksportan semula, dalam transit, dijual atau dibekal dalam zon perdagangan bebas, pengangkutan antarabangsa seperti kapal laut dan kapal terbang yang masuk atau keluar dari Malaysia.
weaningpenyapihanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses menghentikan pemberian susu kepada anak haiwan. Penyapihan dilakukan pada ternakan dalam tempoh yang berbeza. Sebagai contoh, lazimnya anak lembu tenusu dihentikan pemberian susu apabila berumur dua bulan. Anak lembu pedaging pula dihentikan pemberian susu dengan kaedah pengasingan daripada ibu.
walk-in vaccinationvaksinasi tanpa janji temuKesihatan AwamTiadaPemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada individu yang belum menerima tarikh janji temu dan datang terus di pusat pemberian vaksin (PPV) yang terpilih di seluruh negara melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
immunizationpengimunanKejururawatanTiadaProses penghasilan keimunan menentang penyakit tertentu dengan cara buatan. Keimunan pasif diperoleh dengan pemberian antiserum, manakala keimunan aktif melibatkan pemberian vaksin.
discretionary grantpemberian (atas) budi bicaraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
vested benefitfaedah pemberian hakinsuransTiadaFaedah yang pembayarannya tidak kontingen terhadap kesinambungan peserta dalam pekerjaan tertentu.
administrartion of drugspemberian dadahSains KesihatanTiadaTatacara tertentu dadah diberi kepada subjek. Contohnya, secara oral intervena.
anthropomorphismantropomofismeKesusasteraanTiadaPemberian sifat manusia dalam karya sastera kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa, dan kuasa yang abstrak seperti Tuhan. Karya berunsur antropomorfisme yang termasyhur ialah Animal Farm oleh George Orwell yang merupakan satira terhadap Revolusi Rusia. Dalam karya ini, binatang ternakan yang asalnya dimiliki oleh peladang yang mabuk telah berjaya memerdekakan diri, mengambil alih ladang itu, dan mengerjakannya sendiri seperti manusia. Namun, timbul huru-hara sehingga ladang itu kucar-kacir kerana binatang yang mentadbirkannya bertindak zalim seperti pemiliknya terdahulu. Di Malaysia, karya yang memperlihatkan corak cerita yang sama ialah Tikus Rahmat oleh Hassan Ibrahim. Di Indonesia terdapat cerpen �Langit Makin Mendung� oleh Kipandjikusmin yang memberikan sifat manusia kepada Tuhan. Antropomorfisme digunakan untuk membangkitkan rasa empati dalam sastera. Kebanyakan pengarang cerita kiasan lebih cenderung memperlihatkan unsur ini. Antropomorfisme berasal daripada perkataan Yunani anthropos yang bererti �manusia dan bentuk�. Lihat juga bertiari.
defibrilationdefibrilasiKejururawatanTiadaPemberian kejutan elektrik pada kadar atau amaun yang ditetapkan di atas dada untuk menghapuskan disritmia yang membahayakan nyawa. Biasanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami fibrilasi ventrikel, takikardia ventrikel dan fibrilasi atrium.
cardioversionkardioversiKejururawatanTiadaProsedur pemberian kejutan elektrik menggunakan alat defibrilator untuk memulihkan ritma normal jantung.
12345

Kembali ke atas