notification validity period | tempoh kesahan pemberitahuan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Jangka masa sah sesuatu nota pemberitahuan bagi produk kosmetik. Di Malaysia, tempoh kesahan pemberitahuan produk kosmetik adalah selama 2 tahun. Pemegang pemberitahuan kosmetik bertanggungjawab memastikan tempoh kesahan pemberitahuan produknya di pasaran. Pembaharuan nota pemberitahuan hendaklah dilakukan tidak lewat dari sebulan sebelum tamat tempoh produk. Sinonim tempoh kesahan notifikasi. |
notification number | nombor pemberitahuan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Nombor yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk menyatakan suatu produk kosmetik boleh dijual. Nombor pemberitahuan unik untuk setiap produk dan variannya (jika ada) seperti dalam format berikut: NOTyymmxxxxxK (y: tahun, m: bulan, x: nombor siri). Pemegang Pemberitahuan Kosmetik bertanggungjawab untuk memastikan kesahan nombor pemberitahuan produknya di pasaran. Nombor pemberitahuan sedia ada akan dikekalkan untuk pemberitahuan produk yang telah diperbaharui sebelum tarikh luput. Nombor pemberitahuan baharu akan diberikan untuk produk yang tidak diperbaharui dalam tempoh masa yang ditetapkan dan bagi produk yang telah mengalami perubahan yang memerlukan pemberitahuan baharu. Sinonim nombor notifikasi. |
notification note | nota pemberitahuan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Sijil beserta dengan nombor pemberitahuan untuk sesuatu produk kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kepada pemegang pemberitahuan kosmetik. Syarikat atau individu yang bertanggungjawab meletakkan produk kosmetik di pasaran tempatan harus mendapatkan nota pemberitahuan daripada Pengarah Perkhidmatan Farmasi melalui Bahagian Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) sebelum mengeluar, menjual, membekal, mengimport atau memiliki sebarang produk kosmetik. Sinonim nota notifikasi. |
cosmetic notification validity period | tempoh kesahan pemberitahuan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Jangka waktu yang ditetapkan untuk kesahan pemberitahuan produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tempoh kesahan pemberitahuan kosmetik adalah selama 2 tahun. Pembaharuan hendaklah dibuat tidak lewat daripada satu bulan sebelum tamat tempoh berserta dengan yuran pemprosesan. Sinonim tempoh kesahan notifikasi kosmetik. |
product information file | fail maklumat produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Set dokumen yang mengandungi maklumat, sijil, dan data untuk tujuan audit pemberitahuan produk kosmetik. Pemegang pemberitahuan kosmetik bertanggungjawab menyediakan fail maklumat produk untuk diakses oleh pihak berkuasa apabila diperlukan. |
cancellation of notification | pembatalan pemberitahuan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tindakan memansuhkan pemberitahuan produk kosmetik dengan arahan bertulis oleh pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang produk kosmetik yang gagal mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Sinonim pembatalan notifikasi. |
notified cosmetic | kosmetik diberitahu | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk kosmetik yang mempunyai nombor pemberitahuan dan masih dalam tempoh kesahan pemberitahuan. Sinonim kosmetik bernotifikasi. |
cosmetic notification holder | pemegang pemberitahuan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Syarikat yang bertanggungjawab memasarkan produk kosmetik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan skop perniagaannya adalah berkaitan dengan produk kesihatan atau kosmetik. Pemegang pemberitahuan kosmetik tidak semestinya pemilik produk. Sinonim pemegang notifikasi kosmetik. |
cosmetic product notification | pemberitahuan produk kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Proses untuk mendapatkan nombor notifikasi sebelum produk kosmetik boleh dipasarkan. Menurut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, syarikat atau individu yang bertanggungjawab untuk meletakkan produk kosmetik di pasaran tempatan harus memaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum produk tersebut dikilangkan atau diimport. Pemberitahuan produk kosmetik perlu mematuhi Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia. Sinonim notifikasi produk kosmetik. |
import authorisation | pemberian kuasa import | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Proses membenarkan syarikat untuk mengimport produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, pemegang pemberitahuan kosmetik boleh mengimport produk kosmetik setelah pemberian kuasa import diberikan dalam nota pemberitahuan. Walau bagaimanapun, pemberian kuasa import juga boleh diberikan kepada syarikat dengan kebenaran Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Farmasi untuk tujuan pensampelan pasaran, penilaian dalaman, pengeksportan semula, dalam transit, dijual atau dibekal dalam zon perdagangan bebas, pengangkutan antarabangsa seperti kapal laut dan kapal terbang yang masuk atau keluar dari Malaysia. |