rebel | pemberontakan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penentangan terhadap kerajaan secara kekerasan dan tanpa mengikut proses perlembagaan. Pemberontakan boleh berlaku kerana perbezaan ideologi, tuntutan pemisahan wilayah dari sebuah negara, kepentingan ekonomi, faktor primordial seperti bahasa, agama, budaya atau mungkin juga kerana didalangi oleh pihak luar yang bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin atau kerajaan negara tersebut. Pemberontakan ini lazimnya mendapat tentangan daripada kerajaan atau pihak berkuasa dan ini akan menyebabkan kemusnahan yang besar kepada kedua-dua pihak. Contohnya, Gerakan Acheh Merdeka telah melancarkan beberapa siri pemberontakan dalam usaha memerdekakan Acheh dari negara Indonesia. |
insurrection insurance | insurans pemberontakan | insurans | Tiada | Insurans yang memberikan perlindungan ke atas kerosakan/kerugian akibat pemberontakan. |
insurrection insurance | insurans pemberontakan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang memberikan perlindungan ke atas kerosakan atau kerugian akibat pemberontakan. |
insurgency | pemberontakan | Sejarah | Tiada | Tiada |
insurgency | pemberontakan | Sains Politik | Tiada | Tiada |
insurrection insurance | insurans pemberontakan | Ekonomi | Tiada | |
ballad | balada | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada yang romantis dan sentimental. Balada mengandungi tema atau kisah pengembaraan, percintaan, peperangan, masalah kekeluargaan, pemberontakan dan sebagainya. Umumnya, tema utama dalam balada berdasarkan kisah atau tokoh sejarah atau legenda tempatan yang bersumberkan cerita lisan rakyat. Tradisi penciptaan balada bermula di Eropah sekitar akhir abad pertengahan: Denmark pada abad ke-12, Rusia pada abad ke-13, Sepanyol, Scotland dan England pada abad ke-14. Balada terbahagi kepada tiga jenis yang utama, iaitu balada rakyat, balada popular, dan balada seni. |
political order | aturan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima. |
state authority | pihak berkuasa negeri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang sah dimiliki oleh badan pemerintah sesebuah negara atau negeri. Autoriti ini sah apabila badan tersebut memperolehnya menurut peraturan perlembagaan dan tidak secara rampasan kuasa atau pemberontakan. Autoriti ini membolehkan pemerintah melaksanakan pentadbiran dengan rasmi seperti yang telah diluluskan oIeh badan perundangan. Bagi sistem demokrasi, tempoh autoriti pemerintahan pusat adalah berkala. Apabila penggal atau tempoh pemerintahan tamat, autoriti ini perlu dikembalikan kepada rakyat untuk pemilihan semula. Autoriti ini boleh dilaksanakan oleh agensi kerajaan yang menguruskan pentadbiran negara atau negeri seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Sinonim pihak berkuasa negara/autoriti negeri/autoriti negara. |
radical politician | ahli politik radikal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Ahli politik yang berfikiran dan bertindak secara radikal dengan menggunakan kaedah yang lebih keras. Mereka juga mempunyai matlamat yang radikal seperti menuntut kemerdekaan wilayah tertentu, mendesak pemerintah meletak jawatan dan menganjurkan pemberontakan. Pemimpin radikal ini tidak menyukai proses politik secara kerjasama, kompromi, tawar-menawar atau yang mengikut perlembagaan. la cenderung kepada gerakan bawah tanah yang bersifat subversif. Contohnya, pemimpin Gerakan Pemisahan IRA di Northern Ireland di Great Britain seperti Gary Adam yang merupakan ahli politik radikal. |