Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ber.sih] | ڤمبرسيه

Definisi : 1. orang (alat) yg membersihkan sesuatu: ~ udara; 2. (orang yg sifatnya) suka dan sentiasa menjaga kebersihan: dia memang ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ber.sih] | ڤمبرسيه

Definisi : 1 orang yg membersihkan; pencuci: ~ jalan raya. 2 orang yg suka dan sentiasa menjaga kebersihan. 3 alat yg digunakan utk membersihkan sesuatu: Kain-kain yg kotor itu kemudian dimasukkan ke dlm mesin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembersih


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thermostatic air cleanerpembersih udara bertermostatKejuruteraan AutomotifEnjinPembersih udara yang mempunyai injap bertermostat yang berfungsi untuk mengawal aliran udara masuk melaluinya ke kebuk pembakaran. Semasa enjin sejuk, injap akan membenar- kan udara yang dipanaskan oleh pancarongga ekzos mengalir masuk ke pembersih udara. Injap ini akan tertutup perlahan- lahan apabila mencapai suhu operasinya dan menyebabkan aliran udara masuk seperti biasa. Keadaan ini menyebabkan suhu udara yang masuk lebih tinggi untuk pembakaran yang lebih cekap.
valve refacerpembersih dudukan injapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMesin pembersih yang digunakan untuk menanggalkan mendakan yang terdapat pada bahagian permukaan dudukan injap.
air cleanerpembersih udaraKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti penapis udara yang memasuki enjin untuk proses pembakaran. Penapis ini boleh menyingkirkan sebarang bendasing. debu, kotoran dan serangga daripada memasuki kebuk pembakaran. Unsur pembersih udara biasanya diperbuat daripada kertas berlisu. Sinonim penapis udara.
abrasivepelelasTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBahan pelelas yang digunakan untuk membersihkan permukaan sampel dengan cara menggosok, menggahar, dan melicau. Bahan ini biasanya digunakan dalam bentuk kertas pembersih atau dipasang pada mesin pembersih permukaan. Tujuan penggunaannya adalah untuk menyingkirkan lapisan cat atau melicinkan permukaan sampel mengikut keperluan sebelum ujian tanpa musnah dilakukan. Contohnya, kertas pasir, kapur dan silika. Sinonim pembersihan lelasan.
loop apronapron pembersihKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKepingan kanvas yang turun dan naik mengikut tindakan graviti untuk membersihkan kotoran pada gelung.
air filterpenapis udaraKejuruteraan AutomotifEnjinLihat pembersih udara.
fuzzingberserabutKesenianHiasan DalamanPerihal kesan serabut pada permukaan serat oleh fiber liar, pintalan benang atau bulu fiber yang terkeluar akibat pembersihan cara basah atau pembersihan cara biasa. Kesan ini boleh dibaiki dengan memotong lebihan tersebut semasa proses pembuatan oleh pembersih karpet yang profesional.
disinfectantbahan penyahjangkitHerbaPemiawaianAgen yang digunakan untuk memusnahkan atau merencat aktiviti mikroorganisma. Bahan penyahjangkit terdiri daripada bahan penyahjangkit lengkap, iaitu bahan yang dapat memusnahkan spora dan bentuk vegetatif mikroorganisma, dan bahan penyahjangkit tak lengkap, iaitu bahan yang dapat memusnahkan bentuk vegetatif, tetapi tidak dapat memusnahkan spora mikroorganisma tersebut. Contohnya, ekstrak sirih (Piper betle) yang dijadikan sebagai bahan pembersih wanita.

Kembali ke atas