fuzzing | berserabut | Kesenian | Hiasan Dalaman | Perihal kesan serabut pada permukaan serat oleh fiber liar, pintalan benang atau bulu fiber yang terkeluar akibat pembersihan cara basah atau pembersihan cara biasa. Kesan ini boleh dibaiki dengan memotong lebihan tersebut semasa proses pembuatan oleh pembersih karpet yang profesional. |
slum clearance | pembersihan kawasan sesak | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pembersihan kawasan sesak sama ada dengan penghapusan, pembaikan atau pemulihan kepada satu keadaan yang lebih selesa. |
cleaning | pembersihan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penyingkiran habuk logam daripada permukaan sebelum pengecatan. |
spring cleaning | pembersihan menyeluruh | Umum | Tiada | Proses membersihkan keseluruhan kawasan dalam dan luar rumah atau sesuatu tempat dengan baik dan sempurna, termasuklah bahagian yang tidak selalu dibersihkan. |
abrasive cleaning | pembersihan lelasan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Lihat pelelas. |
genocide | genosid | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pembunuhan yang disengajakan terhadap sekumpulan besar orang berdasarkan pelbagai faktor seperti geografi, demografi dan politik. Contohnya, pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki yang mengakibatkan kematian sekumpulan besar penduduk di Jepun. Pembersihan etnik boleh digolongkan sebagai satu bentuk genosid. Contohnya, pembersihan etnik Rohingya di Myanmar. |
debridement | debridemen | Kejururawatan | Tiada | Pembersihan rapi tisu yang terinfeksi atau tercemar dengan membuangkan tisu mati dan kotoran sehingga tisu kelihatan segar semula. |
catharsis/katharsis | jelira seni | Kesusasteraan | Puisi | Pembersihan atau kelegaan emosi setelah mengalami ketegangan dan pertentangan jiwa yang hebat kesan daripada membaca sesebuah puisi. Sinonim katarsis. |
airway clearance | klearans saluran udara | Kejururawatan | Tiada | Pembersihan saluran udara yang bebas daripada sebarang halangan, contohnya halangan oleh benda asing dan mukus. |
metal preparation | penyediaan logam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pembersihan logam melalui pelbagai proses sebelum pengecatan. |