Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Bio) pengacukan haiwan atau tumbuhan utk tujuan tertentu (biasanya utk menghasilkan baka yg lebih baik); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : proses atau perbuatan membiak baka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembiakbakaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breedingpembiakbakaanPerubatanTiada3. Pembiakbakaan: Proses menghasilkan tumbuhan atau haiwan secara pengacukan, pembiakbakaan dalam atau melalui kaedah pembiakan yang lain.
inbreedingpembiakbakaan dalamBioteknologiTiadaPembiakbakaan melalui induk yang berasal daripada stok yang sama atau yang berkait rapat. Pembiakbakaan begini menyebabkan pengurangan darjah keheterozigotan sesuatu populasi yang digambarkan dengan berkurangnya variasi fenotip populasi tersebut.
Breeding systemSistem pembiakbakaanPertanianAgronomi

Cara melaksanakan pembiakbakaan yang mengambil kira kaedah pembiakan sesuatu tanaman, contohnya sama ada tanaman itu membiak secara pendebungaan silang atau secara pendebungaan sendiri. Tanaman pendebungaan silang seperti jagung, umpamanya akan menggunakan sistem pembiakbakaan untuk menghasilkan hibrid, iaitu kacukan antara dua induknya yang berbeza genotipnya. Manakala sistem pembiakbakaan jenis tanaman pendebungaan sendiri ialah dengan kacukan berulang sesama sendiri kacukan silang telah dilakukan.

conventional breeding methodkaedah pembiakbakaan konvensionalPertanianAgronomi

 Kaedah pembiakbakaan yang berasaskan kacukan antara baka induk terpilih dan disusuli dengan pemilihan hasil kacukan itu. Maka, ciri baik induk dapat digabungkan dan menghasilkan genotip yang lebih baik daripada induknya. Kaedah ini biasanya diulang beberapa generasi sehingga mendapat satu baka baru yang menunjukkan ciri-ciri yang diingini. Asas kaedah pembiakbakaan konvensional ialah hukum pewarisan Mendel. Kaedah pembiakbakaan ini amat berbeza dengan kaedah baru dipanggil kejuruteraan genetik yang lebih ringkas daripada kaedah konvensional. Kejuruteraan genetik tidak melibatkan kacukan tetapi menggunakan teknologi untuk  mengenal pasti gen yang menghasilkan ciri-ciri yang diingini dan seterusnya gen itu dipindahkan kepada tanaman sasaran.

breeding methodkaedah pembiakbakaanPertanianAgronomi

Kaedah yang digunakan untuk  menambah baik baka sesuatu tanaman atau ternakan. Kaedah pembiakbakaan klasik berasaskan pemilihan baka daripada populasi yang besar untuk mendapatkan ciri tertentu seperti tanaman yang mempunyai bunga yang menarik. Baka yang dipilih akan digandakan untuk mewujudkan varieti baru. Kaedah ini juga melibatkan kacukan antara baka untuk mendapatkan kepelbagaian yang lebih besar dan pemilihan dibuat daripada progeni kacukan. Kaedah pembiakbakaan moden pula menggunakan pendekatan molekular melalui pengenalpastian gen yang memberi sesuatu ciri. Gen ini akan dipindahkan ke sesuatu baka melalui kejuruteraan genetik untuk mendapatkan ciri yang dikehendaki.

breeding programmeprogram pembiakbakaan  PertanianAgronomi

Perancangan sistematik dalam usaha untuk membaik biak sesuatu tanaman atau ternakan. Contohnya, program pembiakbakaan tanaman getah di Malaysia akan melalui beberapa peringkat. Peringkat pertama, mengumpul baka untuk plasma germa, manakala peringkat kedua pula menilai baka yang ditanam untuk memilih baka yang mempunyai sifat yang dikehendaki, seperti banyak mengeluarkan susu getah. Seterusnya, baka terpilih sekali lagi diuji dari segi ketahanannya terhadap perosak dan serangan penyakit. Proses ini berlaku sehingga mendapat baka yang sempurna ciri-cirinya untuk dijadikan klon baru. Kadangkala program ini meliputi proses kacukan atau pemindahan gen bagi menerapkan ciri-ciri spesifik kepada klon yang hendak diwujudkan.

animal husbandarypenternakanVeterinarTiadaBidang ilmu yang merangkumi aspek-aspek seperti pembiakbakaan, pengurusan, perumahan, pemakanan, kesihatan, pengurusan sisa ladang dan penyembelihan. Pembiakbakaan melibatkan pengaturan strategi sistem pembiakan dan pemilihan ternakan. Aspek pengurusan pula melibatkan penjagaan, perumahan dan kebajikan haiwan serta pengurusan sisa ladang. Manakala pemakanan menekankan aspek seperti penyediaan padang ragut dan pemberian makanan. Aspek kesihatan pula melibatkan kawalan penyakit, pemberian ubat-ubatan dan program kesihatan kelompok.
pure linetitisan tulenBioteknologiTiadaPembiakbakaan sebenar (homozigot) genotip atau siri generasi selanjar bagi sesuatu organisma yang sentiasa berada dalam keadaan homozigot bagi satu ciri atau lebih. Titisan tulen dihasilkan secara pembiakbakaan dalam pada haiwan, atau pendebungaan sendiri pada tumbuh-tumbuhan.
crop improvementpembaikan tanamanPertanianAgronomi

 Usaha ke arah meningkatkan daya produktiviti dan kualiti hasil sesuatu tanaman dengan kaedah pembiakbakaan. Secara tidak langsung, pembaikan tanaman telah dilaksanakan semenjak manusia mula bercucuk tanam. Petani telah memilih benih daripada pokok yang menghasilkan banyak buah dan mengeluarkan buah yang disukainya, dan apabila amalan ini berulang untuk beberapa generasi, daya hasil dan kualiti tanaman itu akan meningkat. Baka yang berhasil dan berkualiti tinggi akan diwujudkan. Dengan pengetahuan ilmu genetik dan pembiakbakaan yang dipelopori oleh Gregor Mendel (1822-1884), pembaikan tanaman dilakukan dengan sistematik dan meliputi kacukan dan pemilihan baka. Satu contoh kejayaan pembaikan tanaman ialah penghasilan varieti padi berhasil tinggi melalui program pembiakbakaan yang intensif oleh Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) daripada tahun 1960. Hasil padi dapat ditingkatkan daripada 1-3 ton kepada 5-7 ton sehektar dengan memilih jenis padi katek dan mempunyai nisbah buah ke daun yang ti

FSTFSTSains ForensikTiadaSimbol bagi pekali pembiakbakaan dalam antara individu. FST digunakan untuk pembetulan pengiraan hukum Hardy- Weinberg. Simbol ini juga dikenali sebagai pembetulan teta (q) dalam penilaian bukti DNA forensik. Contohnya, pengiraan p² untuk homozigot boleh digantikan dengan formula [p²+p(1-p)q]. Nilai q =0.1 digunakan dalam formula pengiraan genetik ini untuk pembetulan substruktur populasi bagi saiz populasi yang besar, sementara q=0.3 bagi populasi yang kecil, terpencil dan/atau mempunyai kumpulan pembiakbakaan dalam. Lihat juga keseimbangan Hardy- Weinberg.
12345678910...

Kembali ke atas