planning hearing | pendengaran perancangan/ pembicaraan merancang | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu pendengaran rasmi yang dijalankan atas arahan pihak berkuasa tempatan atau jawatankuasa perancang negeri mengikut undang-undang bertulis untuk memberi peluang kepada mana-mana pihak bagi menyuarakan pandangan mereka terhadap sesuatu isu atau persoalan perancangan. Ini dapat membantu pihak berkuasa berkenaan membuat keputusan. |
khabar | khabar | Kesusasteraan | Tiada | Pembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani. |
pathetic fallacy | kekeliruan rasa hiba | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang menentang penggunaan kaedah personifikasi dalam sastera. Menurut konsep ini, perasaan dan aksi manusia dikaitkan dengan objek alam semula jadi. Istilah ini digunakan untuk membicarakan secara umum, sentimentaliti yang diakibatkan oleh pembicaraan keterlaluan mengenai alam semula jadi dalam karya kreatif. Dalam konteks penggunaan kaedah ini, emosi manusia (daripada perkataan Yunani pathos yang bermaksud perasaan) diberikan kepada alam semula jadi dan kepada benda yang tidak bernyawa. Penyajak kerap menggunakan kaedah ini dalam sajak mereka. John Ruskin, seorang penulis bahasa Inggeris pada abad ke-19, mencetuskan idea ini dalam bukunya bertajuk Modern Painters. Beliau berpendapat, kaedah ini dapat menghasilkan emosionalisme palsu dalam kalangan manusia terhadap keadaan sekelilingnya. Contohnya, Ruskin tidak menyukai cara Coleridge, seorang penyajak berbangsa Inggeris yang membicarakan tentang dedaun yang menari. Bagi Ruskin, konsep ini salah kerana pada hakikatnya daun tidak boleh menari. |
new criticism | kritikan baru | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang menumpukan perhatian pada gaya karya sastera sebagai objek yang tersendiri. Kesusasteraan dilihat sebagai seni, bukan sebagai sejarah, falsafah, psikologi dan sebagainya. Perhatian diberikan kepada gaya dan cara membentuk isinya dengan tujuan menunjukkan bahawa wujud kesatuan antara kedua-dua unsur ini. Perhatian asas yang dititikberatkan adalah untuk menemukan nilai intrinsik dalam kesusasteraan dan menampilkan nilai tersebut kepada masyarakat pembaca. Konsep utama yang menjadi kunci bagi kritikan ini ialah pembicaraan soal makna dan perhubungan antara kata-kata, bahasa kiasan, simbol dan imej. |
kit'ah | kit'ah | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berkembang dalam kesusasteraan Arab-Parsi. dalam unsur Arab kit'ah bermakna berkerat-kerat, terputus-putus atau berpatah-patah. Lazimnya bentuk kit'ah ini tidak dikongkong oleh sesuatu ikatan sama ada pola, irama mahupun rima. Tema dan persoalan yang diungkapkan dalam baris-baris kit'ah ini berkisar pada nasihat atau panduan hidup masyarakat. Bentuk kit'ah ini dapat dilihat pada contoh yang dipetik daripada buku Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Jikalau kulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kudapat bezakan pada antara rakyat dan sultan. Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman. Barangsiapa yang di atas bumi itu lenyap jua. |