Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bim.bing] | ڤمبيمبيڠ

Definisi : orang yg membimbing, pemandu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bim.bing] | ڤمبيمبيڠ

Definisi : 1 orang yg membimbing; penuntun. 2 sesuatu yg digunakan utk membimbing (spt buku-buku tertentu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembimbing


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Muslim chaplainpembimbing rohani IslamAgama IslamTiadaIndividu profesional yang menawarkan nasihat dan penjagaan rohani di penjara, sekolah, hospital atau mana-mana institusi.
counselorkaunselorPendidikanTiadaProfesion terlatih dalam bidang kaunseling ataupun bidang-bidang berkaitan seperti kerjaya, perkahwinan, seksual, pendidikan, pengurusan dan lain-lain. Kaunselor bertindak sebagai pembimbing dengan memberikan maklumat dan cadangan untuk membantu klien mengenal pasti kebolehan diri serta melakukan perubahan dalam membuat keputusan dan menentukan matlamat.
heutagogyheutagogiTeknologi Maklumate-PembelajaranSatu kaedah pembelajaran penentuan kendiri yang menekankan pembangunan autonomi, kapasiti dan kemampuan diri pelajar untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Kaedah ini tidak semestinya linear atau terancang, tetapi lebih bersifat tidak formal, dan selari dengan pembelajaran di luar sekolah dengan guru bukan sebagai sumber ilmu yang utama, sebaliknya sebagai pembimbing sekiranya perlu. Persekitaran e-pembelajaran membolehkan kaedah ini diguna pakai. Lihat juga pembelajaran penentuan kendiri.

Kembali ke atas