leucocytolysis | leukositolisis | Perubatan | Tiada | Pembinasaan leukosit atau sel darah putih. |
erythrokatalysis | eritrokatalisis | Perubatan | Tiada | Pembinasaan atau pemusnahan eritrosit. |
istihlak | merosakkan keseluruhan | Perniagaan Islam | Tiada | Pembinasaan terhadap barangan perniagaan milik individu lain yang menyebabkan keseluruhan barangan tersebut tidak dapat digunakan lagi. Contohnya, meletupkan kenderaan, meruntuhkan bangunan atau memecahkan cermin. |
autolysis | autolisis | Biologi | Histologi dan Sitologi | Pembinasaan tisu oleh enzim hidrolisis lisosom selnya sendiri. Enzim ini dirembeskan semasa sel tisu sedang mengalami kecederaan. |
erythrocytolysin | eritrositolisin | Perubatan | Tiada | Bahan yang menyebabkan pembinasaan pada eritrosit. |
cytolysis | sitolosis | Biologi | Histologi dan Sitologi | Pembinaan atau penghancuran sel yang biasanya terjadi akibat pembinasaan membran sel. |
electrolysis | elektrolisis | Perubatan | Tiada | 1. Penguraian kimia sesuatu bahan kepada ion-ion bercas positif atau negatif.,2. Pembinasaan tisu menggunakan arus elektrik. |
war crime | jenayah perang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan yang melanggar undang-undang atau kelaziman perang oleh seseorang atau beberapa orang, negara dan sebagainya. Kategori jenayah yang dilakukan termasuklah pembunuhan, penganiayaan atau pengusiran penduduk awam di wilayah yang diduduki, pembunuhan atau penganiayaan tawanan perang, pembunuhan tebusan, pemusnahan sewenang-wenang terhadap bandar, pekan dan kampung, dan sebarang pembinasaan yang tidak berasaskan keperluan ketenteraan. Pelaku jenayah perang ini disebut sebagai penjenayah perang. Undang-undang yang berkaitan dengan jenayah perang antarabangsa antara lainnya ialah The Hague Convention V Respecting the Rights and Duties of Neutral Powers and Persons in Case of War on Land 1907, Geneva Protocol for the Prohibition of the Use in War of Asphyxiating, UN Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide 1948, dan Geneva Convention III Relative to the Treatment of Prisoners of War 1949. |