American Society of Anaesthesiologists Classification | Klasifikasi Persatuan Anestesiologi Amerika | Perubatan | Tiada | Sistem klasifikasi fizikal pesakit sebelum pembiusan. Sistem ini mengkategorikan pesakit mengikut tahap kesihatan, iaitu Kelas I hingga V. Pesakit Kelas I ialah pesakit yang sihat, manakala pesakit Kelas II ialah penghidap penyakit yang terkawal seperti asma, kencing manis dan hipertensi. Pesakit Kelas III pula merupakan penghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa semasa pembiusan dan pembedahan. Pesakit Kelas IV merupakan pesakit tenat yang mengancam nyawa. Pesakit Kelas V ialah pesakit yang nazak dan boleh mati dengan atau tanpa pembedahan. Huruf ‘E’ akan ditambah selepas Kelas I hingga V sekiranya pesakit menjalani pembedahan kecemasan. Contohnya, ASA IV-E bermakna pesakit menghidap penyakit tenat yang mengancam nyawa dan akan menjalani pembedahan kecemasan. |
anaesthesia crises | krisis anestesia | Perubatan | Tiada | Keadaan kritikal yang timbul semasa dan selepas pembiusan pesakit. |
topical anesthesia | anestesia topikal | Perubatan | Tiada | Kehilangan kederiaan pada sesuatu bahagian tubuh akibat pembiusan setempat yang dilakukan dengan membubuh agen pembius terus ke bahagian yang berkenaan, misalnya pada kornea. |
endotracheal intubation | intubasi endotrakea | Perubatan | Tiada | Prosedur memasukkan tiub endotrakea ke dalam rongga trakea untuk pembiusan umum, resusitasi pesakit atau terhadap pesakit tenat yang memerlukan alat bantuan pernafasan. |
external version | versi eksternal | Perubatan | Tiada | Prosedur untuk mengubah presentasi fetus dengan menekan abdomen ibu tanpa pembiusan. |
external version | versi eksternal | Perubatan | Tiada | Prosedur untuk mengubah presentasi fetus dengan menekan abdomen ibu tanpa pembiusan. |
expired gas analysis | analisis gas ekspirasi | Perubatan | Tiada | Ujian yang dilakukan ke atas kandungan gas ekspiratori semasa pembiusan. Contoh gas yang diuji ialah oksigen, nitrus oksida, karbon dioksida dan agen meruap. |
anaesthetic gas | gas anestesia | Perubatan | Tiada | Ubat anestetik berbentuk gas, seperti gas nitrus oksida yang digunakan semasa pembiusan. Penggunaan ubat yang berlebihan boleh menyebabkan kekurangan ketepuan oksigen dalam darah. |
critical incident | insiden kritikal | Perubatan | Tiada | Kejadian luar jangka yang boleh menyebabkan morbiditi dan mortaliti semasa dan selepas pembiusan. |
endotracheal extubation | ekstubasi endotrakea | Perubatan | Tiada | Prosedur mengeluarkan tiub endotrakea daripada rongga trakea yang dilakukan selepas pesakit sedar daripada pembiusan, atau setelah pesakit tidak lagi memerlukan alat pernafasan. |