defect deduction | pembuangan cacat | Perhutanan | Tiada | Penolakan bahagian cacat daripada kiraan isi padu kasar kayu bagi mendapatkan isi padu kayu baik yang sebenar semasa penyukatan balak. |
mastectomy | mastektomi | Kejururawatan | Tiada | Pembedahan pembuangan payu dara yang disebabkan oleh kanser. |
polls | pusat mengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tempat pembuangan undi yang lazimnya diadakan di kawasan awam seperti sekolah, balai raya, pejabat kerajaan atau dewan serba guna. Pusat mengundi ini sentiasa dikawal oleh anggota keselamatan bagi menjamin kerahsiaan dan keselamatan. Hanya pengundi berdaftar dibenarkan memasuki pusat ini. Wakil calon atau perayu undi pula tidak dibenarkan berada berdekatan dengan pusat ini. Contoh pusat mengundi ialah sekolah rendah atau sekolah menengah bagi kebanyakan kawasan di Malaysia. |
curettage | pengikisan; kikisan (DUDUK); pengkuretan | Perubatan | Tiada | 3. Pembuangan tisu granulasi dari dinding atau permukaan kaviti. |
polling district | daerah pengundian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan atau pusat pengundian dalam satu kawasan pilihan raya. Suruhanjaya pilihan raya akan membahagikan kawasan pllihan raya kepada beberapa daerah pengundian bagi memudahkan proses pembuangan undi. Di kawasan ini juga terdapat pusat mengundi untuk orang ramai seperti sekolah atau balai raya. Setelah pembuangan undi selesai, semua kotak undi dari semua daerah pengundian akan dikumpulkan di tempat pengiraan undi. Dalam sesebuah daerah pengundian, mungkin terdapat dua atau lebih kotak undi, bergantung kepada bilangan pengundi di kawasan tersebut. Contohnya, Seksyen 2 Shah Alam merupakan satu daerah pengundian bagi kawasan Parlimen Shah Alam. |
diuretic | diuretik | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk melawaskan pembuangan urin. Contoh herba ini ialah misai kucing, asparagus dan teh. |
curettage | pengikisan; kikisan (DUDUK); pengkuretan | Perubatan | Tiada | 1. Operasi pembuangan ketumbuhan atau jasad-jasad asing daripada kulit atau dinding rongga.,2. Rawatan dengan menggunakan kuret, khasnya pada rongga uterus. |
diuretic | diuretik | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang digunakan untuk melawaskan pembuangan air kencing. Contohnya, ekstrak daun misai 24 kucing (Orthosiphon stamineus) dan ekstrak daun pecah beling (Strobilanthes crispus). |
drainage system | sistem saliran | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Sistem pembuangan air menerusi saliran yang dibina di dalam dan di luar bangunan atau melalui saliran semula jadi seperti longkang, parit, terusan, dan sebagainya. |
enema | enema | Herba | Fitoterapi | Sebarang cecair yang dimasukkan ke dalam rektum untuk melawaskan pembuangan najis. |