official policy maker | pembuat dasar rasmi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan atau jawatankuasa khas yang dibentuk untuk menggubal hala tuju pemerintahan sesebuah organisasi pentadbiran. Jawatankuasa ini dianggotai oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan bertanggungjawab menjaga kepentingan organisasi, masyarakat dan negara. Dalam konteks pemerintahan negara, pembuat dasar rasmi biasanya merujuk kepada kabinet yang bertanggungjawab memelihara kepentingan negara, kebajikan rakyat dan kemantapan sistem pemerintahan. Urusan penggubalan dasar rasmi bagi pihak kabinet kadang kala diserahkan kepada Jawatankuasa Kabinet atau Jawatankuasa Khas Kabinet bagi meneliti sesuatu isu atau masalah sebelum sesuatu dasar baru digubal. |