opening menu | menu pembukaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Senarai opsyen dalam program pemprosesan kata, iaitu Wordstar yang mula-mula sekali dipaparkan. |
introduction | pengenalan | Kesusasteraan | Tiada | Pembukaan atau kata penghantar daripada sebuah buku, karangan dan sebagainya. |
prologue | prolog | - | Tiada | Bahagian pembukaan sesebuah karya kreatif. |
prologue | prolog | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian pembukaan atau permulaan sesebuah karya. Prolog merupakan sejenis pengantar yang menjadi sebahagian daripada sesebuah karya tetapi bukan pengenalan. Prolog adalah sebahagian daripada karya sastera tersebut. Prolog sering digunakan dalam drama pada abad ke-17 dan 18 Masihi dan biasanya berbentuk puisi, namun prolog juga ditemui dalam novel. Contoh prolog yang terkenal ialah General Prologue to the Canterbury Tales oleh Chaucer. Contoh Indonesia ditemui dalam karya Ken Arak dan Ken Dedes oleh M. Yamin. Prolog berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �sebelum ucapan�. |
pitch pocket | poket pic | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pembukaan yang jelas di antara gelang tumbesar pokok yang menghasilkan ruang pic. |
valve train | rangkaian injap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Mekanisme yang menggerakkan pembukaan dan penutupan injap dalam enjin empat kitar, termasuk semua komponen yang ada dari bahagian aci sesondol hingga ke injap. |
turbo lag; | kelambatan turbo | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kelengahan yang terjadi di antara pembukaan injap pendikit dengan pengecas turbo yang memberikan kuasa tambahan. Masa ini diperlukan oleh turbin dalam pengecas turbo yang melahu hingga laju galak. Tempoh ini sangat singkat, iaitu kurang dari setengah saat tetapi kesannya masih dapat dirasai pemandu. |
dashpot | daspot | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti yang digunakan untuk mengawal kadar pembukaan injap pendikit. |
valve timing | pemasaan injap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Masa yang berhubung dengan pembukaan dan penutupan injap, menurut kedudukan omboh di dalam silinder enjin. |
pre-opening expenses | perbelanjaan prapembukaan | Pelancongan | Tiada | Kos yang digunakan dalam upacara perasmian sempena pembukaan sesuatu perniagaan atau pelancaran persidangan. |