state delta verification system | sistem penentusahan delta keadaan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem yang dihasilkan oleh Aerospace Corporation untuk menulis dan menyemak kerja pembuktian kesesuaian dalam pengkomputeran. Sistem ini boleh digunakan untuk menyemak pembuktian kesesuaian yang dilaksanakan dalam atur cara ADA dan mengesahkan pembuktian kesesuaian perisian terkompil ADA dan perkakasan. |
credentialing | pembuktian kelayakan | Kejururawatan | Tiada | Kaedah dalam profesion kejururawatan untuk menentukan kecekapan kejururawatan. |
argument | hujah | Kesusasteraan | Puisi | Pembuktian kebenaran gagasan, pendapat atau pendirian peribadi yang bertujuan untuk meyakinkan khalayak. |
evidence of age | bukti umur | insurans | Tiada | Pembuktian umur sebenar yang diperlukan apabila insured menuntut bayaran semasa polisi matang ataupun semasa permohonan perlindungan dibuat. |
testimony | testimoni | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pernyataan oleh individu yang mendakwa suatu produk herba atau kosmetik telah memberi manfaat kepada/terhadap kesihatannya. Testimoni tanpa bukti saintifik ini tidak boleh diterima sebagai pembuktian keberkesanan produk. |
certificate of Good Manufacturing Practice | sijil Amalan Pengilangan Baik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada premis syarikat pengilang produk selepas berjaya melalui proses permohonan dan audit pensijilan Amalan Pengilangan Baik. Sijil ini merupakan akuan dan pembuktian bahawa pengilang tersebut telah mematuhi dan mengamalkan sistem jaminan kualiti berdasarkan amalan pengilangan baik. Di Malaysia, sijil Amalan Pengilangan Baik hanya boleh diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. |