Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bu.luh] | ڤمبولوه

Definisi : 1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bu.luh] | ڤمبولوه

Definisi : sesuatu yg menyerupai buluh bentuknya (berongga dan bulat spt paip air): ~ darah urat yg menyalurkan darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembuluh

Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Bermaksud :

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ductsaluranKesenianHiasan DalamanTiub atau pembuluh yang digunakan sebagai penyalur cecair atau udara. Tiub mekanikal ini biasanya disembunyikan di dalam ruang siling. Saluran juga boleh didedahkan sebagai suatu unsur reka bentuk yang menarik menggunakan kemasan yang sesuai, seperti cat atau kayu.
fuel railrel bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinPembuluh dalam sistem bahan api yang mengagihkan bahan api kepada penyuntik dalam sistem suntikan bahan api.
woodkayuHerbaTiadaBahagian batang yang keras terdiri daripada xilem yang mengandungi tisu pembuluh, trakeid, serat dan sel parenkima. Xilem berfungsi sebagai saluran pengangkut makanan, air dan zat terlarut ke bahagian atas tumbuhan. Kayu kering atau segar dalam bentuk utuh digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, kayu gaharu, kayu cendana dan kayu akar tongkat ali.
contusionkontusiHerbaFitoterapiKecederaan pada bahagian dalam badan tanpa pecahnya kulit akibat hentaman benda yang tumpul. Kontusi menyebabkan perubahan warna kulit yang kelihatan seperti lebam akibat terkeluarnya darah dari pembuluh darah yang pecah.
cytokine stormlampau sitokinKesihatan AwamTiadaPenghasilan sitokin yang berlebihan, iaitu protein sistem kekebalan tubuh yang mengatur interaksi antara sel dan merangsang semula aktitiviti imun, akibat kehadiran virus dalam tubuh. Keadaan ini menyebabkan radang yang melemahkan pembuluh darah di paru-paru dan akhirnya menyebabkan masalah sistemik pada kebanyakan organ, dan seterusnya mengakibatkan kerosakan pada keseluruhan organ tubuh.

Kembali ke atas