bubble wrap | pembungkus gelembung/pembalut gelembung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahan plastik lut sinar yang mempunyai gelembung dipenuhi udara untuk memberikan perlindungan daripada kesan hentakan atau getaran dari luar bungkusan. Bahan ini biasanya digunakan untuk membungkus atau membalut barangan rapuh dan mudah pecah seperti kaca dan sebagainya. |
herbal product labeling | pelabelan produk herba | Herba | Tiada | Prosedur melabel bekas dan pembungkus produk herba. Maklumat yang tertera pada label termasuk nama dan komposisi produk, nama dan kuantiti kandungan bahan herba, indikasi atau kegunaan, cara penggunaan, amaran, kesan sampingan, tarikh luput, nombor pendaftaran dan alamat pengeluar. |
batting | batting | Kesenian | Hiasan Dalaman | Helaian kapas atau wul mentah yang digunakan sebagai pelapik, pengisi atau pembungkus kuilt atau gebar. Kuilt biasanya digunakan di negara beriklim sejuk semasa tidur. |
packaging material | bahan pembungkusan | Herba | Tiada | Bahan yang digunakan untuk membungkus sediaan herba seperti botol, penutup, vial, kotak, karton dan sebagainya. Bahan pembungkusan boleh dibuat daripada bahan kaca, plastik, kertas, tin dan foil aluminium. Terdapat dua jenis bahan pembungkusan, iaitu primer dan sekunder. Pembungkus primer ialah bahan yang bersentuhan secara langsung dengan sediaan herba seperti botol, penutup, vial, ampul, kelongsong, uncang dan pek blister. Pembungkus sekunder seperti kotak dan karton ialah bahan yang membungkus pembungkusan primer. |
nanobrick | nanobata | Fizik | Nanoteknologi | Filem berketebalan kurang daripada 100 nm yang diperbuat daripada campuran sekitar 70% tanah liat dengan polimer mempunyai struktur sama seperti bata. Filem ini digunakan untuk melapisi pembungkus makanan supaya tahan lama, melapisi pakaian untuk tahan api dan permukaan bahan untuk tahan gores. |