vacuum packaging | pembungkusan vakum | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Proses pembungkusan yang mengeluarkan sebahagian atau semua udara daripada bekas (tegar atau fleksibel) sebelum dikedapkan. Pembungkusan vakum digunakan untuk mengekalkan rasa, menghalang pertumbuhan bakteria dan memanjangkan jangka hayat produk makanan. |
rigid packaging | pembungkusan tegar | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Bungkusan yang mempunyai kekuatan menahan impak luaran yang tinggi. Pembungkusan tegar bertujuan untuk melindungi kandungan bahan yang terdapat di dalamnya dan mempunyai ciri-ciri halangan yang tinggi untuk menentang perubahan suhu. Contoh pembungkusan tegar ialah cawan, botol, tin, polietilena tereftalat (PET) dan sebagainya. |
modified atmospheric packaging (MAP) | pembungkusan atmosfera terubah suai (MAP) | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Kaedah pengawetan untuk memanjangkan jangka hayat produk makanan segar dengan mengubah suai komposisi udara atmosfera dalam pek pembungkusan. Kaedah ini akan mengurangkan jumlah oksigen dan menggantikannya dengan gas lengai seperti nitrogen atau karbon dioksida. Pembungkusan atmosfera terubah suai dapat melambatkan pertumbuhan organisma aerobik dan mencegah tindak balas pengoksidaan. |
packing | pembungkusan; lembaran bawah; pemadatan | Geografi | Tiada | 2. Pembungkusan: Proses membungkus barangan sebelum dipasarkan atau dieksport. |
packing | pembungkusan; lembaran bawah; pemadatan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pembungkusan: Proses membungkus benda pos untuk penghantaran. |
integrated circuit packaging | pembungkusan litar bersepadu | Kejuruteraan | Tiada | Pembungkusan yang mengandung litar bersepadu dan membolehkan penyambung dari luar ke litar bersepadu tersebut. |
make-up of items | syarat pembungkusan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cara pembungkusan yang memenuhi syarat yang ditetapkan untuk dihantar kepada penerima. |
wrapping dan packaging papaer | kertas pembalutan dan pembungkusan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kertas dan papan kertas yang digunakan untuk kerja pembungkusan yang dihasilkan daripada pulpa dan kertas buangan ataupun campuran kedua-duanya. Kertas jenis ini banyak dihasilkan daripada pulpa Kraft sama ada yang diluntur atau tidak diluntur, dan terdapat dalam satu atau lebih daripada satu lapisan. |
packaging | pembungkusan | Geografi | Tiada | Tiada |
packing | pembungkusan; lembaran bawah; pemadatan | Matematik | Tiada | Tiada |