Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.gang] | ڤمݢڠ

Definisi : 1. alat utk memegang sesuatu: ~ kanta; 2. bahagian alat tempat dipegang (tangkai, gagang, dll), pegangan; 3. orang yg memegang atau mempunyai hak atas sesuatu: ~ saham; ~ amanah orang yg menjalankan amanah; ~ andil (saham) orang yg memegang saham, persero; ~ buku orang yg mengurus buku kira­-kira; ~ polisi orang (badan, syarikat, institusi dsb) yg mempunyai polisi insurans; ~ rekod orang yg berjaya memperoleh pencapaian terbaik, tertinggi dsb dlm sukan atau kegiatan lain; ~ saham orang atau badan yg memiliki saham dlm sesebuah syarikat; ~ serah hak (Udg) orang yg dipindahkan harta atau hak kepadanya mengikut undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.gang] | ڤمݢڠ

Definisi : 1 alat utk memegang sesuatu. 2 bahagian drpd sesuatu benda utk dipegang. 3 orang yg memegang sesuatu jawatan atau yg mengendalikan sesuatu urusan: ~ buku orang yg mengurus buku akaun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
product registration holderpemegang pendaftaran produkHerbaPeraturan dan PemasaranEntiti sah yang mendapat kebenaran untuk memasarkan produk farmaseutikal dan herba. Pemegang pendaftaran produk herba bertanggungjawab terhadap semua aspek kualiti dan keselamatan produk serta pematuhan syarat-syarat pemasaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sinonim pemegang kebenaran pemasaran.
cosmetic notification holderpemegang pemberitahuan kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat yang bertanggungjawab memasarkan produk kosmetik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan skop perniagaannya adalah berkaitan dengan produk kesihatan atau kosmetik. Pemegang pemberitahuan kosmetik tidak semestinya pemilik produk. Sinonim pemegang notifikasi kosmetik.
marketing authorization holderpemegang kebenaran pemasaranHerbaPeraturan dan PemasaranLihat pemegang pendaftaran produk.
cosmetic notification holderpemegang notifikasi kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranLihat pemegang pemberitahuan kosmetik.
policy holders surplussurplus pemilik polisiinsuransTiadaAmaun aset melebihi liabiliti yang ada pada insurer untuk membayar tanggungan masa hadapan kepada pemegang polisi. Bagi insurer bersama, surplus adalah keseluruhan bahagian ekuiti di dalam kunci kira-kira. Bagi insurer stok, surplus terbahagi dua iaitu surplus pemegang saham dan surplus pemegang polisi.
product recallpenarikan balik produkHerbaPeraturan dan PemasaranProses mengambil semula produk berdaftar atau bernotifikasi yang berada di pasaran. Produk ini telah disahkan tidak menepati spesifikasi kualiti dan keselamatan dan berisiko kepada kesihatan pengguna. Penarikan balik produk diarahkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kepada pemegang pendaftaran atau pemegang notifikasi. Penarikan balik produk juga boleh dilakukan secara sukarela oleh pemegang pendaftaran atau pemegang notifikasi.
valve spring retainer lockpengunci pemegang pegas injapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat pengunci yang diletakkan pada batang injap untuk mengunci pemegang pegas.
transfer procedureprosedur pertukaranHerbaPeraturan dan PemasaranTatacara pertukaran pemegang pendaftaran produk sedia ada kepada pemegang baharu yang diperoleh daripada pihak berkuasa untuk mendapatkan kebenaran pemasaran produk tersebut. Prosedur pertukaran membolehkan produk mengekalkan nombor pendaftaran yang sama.
engine mountingpemegang enjinKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen penebat yang diperbuat daripada getah boleh anjal atau sistem hidraulik yang dipasang di antara bahagian enjin dengan rangka, struktur atau badan kenderaan. Pemegang ini bertujuan untuk menyerap getaran enjin dan mengelakkan getaran tersebut dipindahkan ke dalam kenderaan.
dividenddividenEkonomiTiadaBahagian untung perniagaan yang diagihkan kepada pemegang saham. Apabila dividen diisytiharkan, pemegangan saham keutamaan akan dibayar dahulu mengikut kadar yang ditetapkan oleh lembaga pengarah. Pemegang saham biasa akan menerima dividen berdasarkan peratusan daripada jumlah saham yang dimiliki.
12345678

Kembali ke atas