Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.nang] | ڤمنڠ

Definisi : orang (pihak dll) yg menang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.nang] | ڤمنڠ

Definisi : orang (pasukan dll) yg menang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
podiumpodiumSukanLumba BasikalPentas yang disediakan untuk pemenang menerima hadiah dalam upacara penyampaian hadiah.
second ballot systemsistem undi keduaSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pilihan raya yang diadakan sehingga dua pusingan bagi memastikan calon yang menang merupakan calon yang mendapat majoriti undi yang banyak. Dalam sistem ini, sekiranya seorang calon mendapat undi yang paling tinggi majoritinya akan diisytihar sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada pemenang yang memperoleh majoriti yang ditetapkan maka dua calon tertinggi undinya akan bertanding dalam pusingan kedua. Calon yang mendapat undi yang tertinggi dalam pusingan ini akan dipilih sebagai pemenang. Contohnya, Indonesia merupakan salah sebuah negara mengamalkan sistem undi kedua. Dalam pilihan raya Presiden Indonesia 2004 menyaksikan persaingan antara Megawati Sukarnoputri dengan Susilo Bambang Yudhiyono yang telah dipilih untuk meneruskan pilihan raya dalam pusingan kedua dan akhirnya dimenangi oleh Susilo.
yellow jerseyjersi kuningSukanLumba BasikalBaju yang diberikan kepada pemenang semasa, pada tiap-tiap peringkat jelajah.
bonus timemasa bonusSukanLumba BasikalPotongan masa yang diberi kepada pemenang pertama,kedua dan ketiga, pada setiap peringkat dalam acara lumba jelajah.
polka dot jerseyjersi bintikSukanLumba BasikalPakaian khusus yang dipakai oleh pemenang semasa dalam acara jaguh bukit.
zero-sum gamemainan campur tolakSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang menggambarkan keuntungan kepada sesuatu pihak dan membawa kerugian kepada pihak lain. Keadaan ini hanya membenarkan seorang juara atau pemenang dan tidak boleh dikongsi bersama. Contohnya, perebutan takhta oleh dua orang putera raja. Kemenangan salah seorang membawa makna kekalahan kepada pihak yang satu lagi. Kedua-dua putera tidak boleh menjadi raja dalam satu masa. Sifat politik Malaysia dari perspektif perkauman sering menggambarkan mainan campur tolak apabila sesuatu kaum yang mendominasi sesuatu bidang akan membawa kepada usaha pengekalan status quo. Sinonim mainan zero-sum.
Macau scampenipuan MacauKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah kewangan yang melibatkan penipuan dengan menggunakan telekomunikasi yang dimulakan oleh sindiket di Macau. Contoh penipuan Macau ialah panggilan telefon kepada pemenang bertuah, membuat tuntutan penculikan, penyamaran sindiket sebagai anggota polis, pegawai Bank Negara atau pegawai bank yang lain.
preferential votingpengundian keutamaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang memerlukan satu wakil dari satu kawasan tetapi memberi peluang kepada pemilih menyenarai calon yang disukai menurut keutamaan pengundi berdasarkan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Calon pertama yang mendapat undi tertinggi melepasi 50%+1 undi akan dianggap pemenang dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti sedemikian maka calon yang mendapat undi yang tercorot akan terkeluar daripada pemilihan dan kertas undi beliau akan disemak dan seterusnya calon yang menjadi pilihan kedua dari kertas ini akan mendapat undi tersebut. Daripada pengumpulan undi ini, calon yang melepasi majoriti seperti di atas yang akan menang. Proses tersebut akan berulang sehingga pemenang diperoleh. Sebagai contoh, Australia mengamalkan sistem pengundian keutamaan ini dalam pilihan raya mereka.
simple majority voting systemsistem pengundian lebih suaraSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang hanya memerlukan majoriti kecil untuk menentukan kemenangan. Dalam sistem ini, calon yang mendapat majoriti walaupun lebih satu undi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Majoriti di sini bermaksud calon tidak semestinya perlu mendapat lebih daripada 50 peratus undi, tetapi undi terbanyak dalam maksud ini melebihi undi yang diperoleh oleh calon-calon lain. Sistem ini pada umumnya diamalkan di negara tanah jajahan British seperti Fiji, India, Malaysia, Nigeria dan Singapura. Dalam sistem ini, negara dibahagikan kepada kawasan pilihan raya dan setiap kawasan akan memilih seorang wakil. Kawasan pilihan raya itu dikenali sebagai ridings di Kanada, district di Amerika Syarikat dan constituencies di Great Britain.
alternative voteundi alternatifSains PolitikPolitik PerbandinganKaedah pemilihan yang dilakukan untuk memilih calon yang mendapat undi majoriti. Kaedah ini dipraktikkan dengan mengarahkan pengundi menyenaraikan calon berasaskan kepada susunan kedudukan tertinggi dan terendah. Calon yang paling banyak mendapat kedudukan tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Kaedah ini diamalkan dalam parlimen Australia, pilihan raya umum Perancis dan pemilihan kepimpinan Parti Buruh Great Britain. Sinonim sistem pengundian alternatif.

Kembali ke atas