Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.men.da.kan]/[pe.men.da/.kan] | ڤمندقن

Definisi : proses menjadi mendak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.men.da.kan]/[pe.men.da/.kan] | ڤمندقن

Definisi : perihal (proses dll) mendak atau memendakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemendakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
precipitation from homogeneous solutionpemendakan daripada larutan homogenKimiaKimia AnalisisSatu teknik pemendakan yang ion pemendakannya tidak dimasukkan secara langsung dalam larutan, tetapi dijanakan secara perlahan-lahan di dalam larutan itu oleh satu tindak balas kimia homogen. Proses pemendakan ini akan menghasilkan mendakan tulen dan bersaiz lebih besar.
fractional precipitationpemendakan berperingkatPerubatanTiadaPemendakan sebatian daripada larutan secara peringkat demi peringkat dengan cara menambahkan garam tertentu ke dalam larutan tertentu.
fractional precipitationpemendakan berperingkatKimiaTiadaPemendakan sebatian daripada larutan secara peringkat demi peringkat dengan cara menambahkan garam tertentu ke dalam larutan tertentu.
acidic precipitionpemendakan berasidKejuruteraanTiadaPemendakan hasil tindak balas dengan gas pencemar seperti oksida -oksida sulfur dan nitrogen, yang mempunyai pH kurang daripada 5.6.
fractional precipitationpemendakan berperingkatKimiaBiokimiaPemendakan sebatian daripada larutan secara peringkat demi peringkat dengan cara menambahkan garam tertentu ke dalam larutan tersebut. Kaedah ini sering digunakan dalam pengasingan protein.
differential percipitationpemendakan pembezaanKimiaKimia AnalisisPemendakan memilih bagi garam atau kompleks dalam larutan campuran untuk tujuan pemisahan.
fractional precipitationpemendakan berperingkatKimiaKimia AnalisisProses pemisahan bahan-bahan secara pemendakan separa yang dilakukan berulang-ulang kali.
precipitation naphthanafta pemendakanKejuruteraanPetroleumSejenis nafta yang sesuai digunakan untuk penentuan nombor pemendakan minyak pelincir.
precipitationpemendakanKimiaKimia AnalisisProses kimia atau fizik yang menghasilkan fasa pepejal yang terasing atau tidak larut dalam medium cecair. Pemendakan digunakan untuk memisahkan fasa pepejal daripada larutan akueus.
postprecipitationpemendakan lanjutanKimiaKimia AnalisisPembentukan mendakan yang kedua di atas permukaan mendakan yang sedia ada. Ia terjadi disebabkan oleh perbezaan kadar pemendakan analit dan bendasing. Ia merupakan proses yang tidak diingini dalam analisis gravitmetri.
12345678910...

Kembali ke atas