Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.men.ta.san] | ڤمنتسن

Definisi : perbuatan mementaskan (san­diwara dll): menikmati hasil ~ anekawarna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.men.ta.san] | ڤمنتسن

Definisi : perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll): ~ drama itu telah mendapat sambutan hangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fringe theatreteater pinggiranKesusasteraanTiadaTeater yang dipersembahkan di luar pusat utama pementasan teater. Contoh pusat utama ialah Broadway (New York), West End (London), Taman Ismail Marzuki (Jakarta), dan Istana Budaya (Kuala Lumpur). Pada mulanya, pementasan teater pinggiran adalah untuk memerikan drama yang dipentaskan di kawasan pinggiran dan bercirikan avante-garde serta antigolongan berkuasa pada tahun 1950-an. Kini, teater ini tidak lagi terhad kepada tema di atas, tetapi turut mempersembahkan drama arus perdana yang boleh diterima umum. Lihat juga grada depan.
avant-gardeavant-gardeKesusasteraanTiadaPerihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan,latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme.
avant-gardegarda depanKesusasteraanTiadaPerihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan, latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme.
asideasideKesusasteraanTiadaPengucapan watak semasa pementasan drama yang ditujukan kepada penonton sahaja tanpa sebarang reaksi daripada watak lain.
obligatory sceneadegan wajibKesusasteraanTiadaBahagian yang perlu wujud dalam sesebuah pementasan drama atau teater terutamanya teater tradisional.
linelineKesusasteraanTiadaDialog dalam skrip atau yang diucapkan oleh pelakon semasa pementasan.
experimental playsdrama eksperimentalKesusasteraanTiadaInovasi drama dalam konteks konsep dan teknik pementasan.
scenographysinografiKesusasteraanTiadaSeni reka pentas untuk menampilkan objek atau babak dalam pementasan.
theater of crueltyteater kekejamanKesusasteraanTiadaTeater yang mementaskan aksi ganas dan kejam. Tujuan pementasan adalah untuk mengejutkan khalayak, iaitu apa yang terpendam dalam lapisan bawah sedar khalayak dapat dilepaskan. Teater kekejaman dimulakan oleh Antonin Artaud pada tahun 1930-an. Teater ini memberikan kesan ke atas deria manusia untuk membolehkan mereka memecahkan sekatan psikologikal yang mengongkong kehidupan serta pemikiran. Teater kekejaman menggunakan pelbagai teknik seperti kesan cahaya yang menyilau, mimos, serta aksi yang sensasi dan dahsyat. Contohnya, drama oleh Peter Wiess berjudul Marat/Sade.
scoring a scriptpenandaan skripKesusasteraanTiadaMenanda skrip sebagai panduan untuk menghidupkan watak dalam pementasan.
12

Kembali ke atas