Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
musicalmuzikalKesenianTiada1. Berkenaan dengan muzik. 2. Pementasan cerita menggunakan nyanyian, tarian dan dialog.
Juliet capkep JulietKesenianTiadaTopi yang melekap pada bahagian belakang kepala daripada fabrik bermutu. Dipakai bersama pakaian malam dan layah pengantin. Boleh juga dibuat daripada mutiara, manikam atau rantai Kostum pada Zaman Pertengahan untuk pementasan cerita Romeo dan Juliet.
Liturgical dramadrama liturgiKesusasteraanTiadaDrama yang ditulis untuk upacara keagamaan di gereja. Persembahan drama liturgi popular pada Zaman Pertengahan , dipercayai berasal daripada teks nyanyian semasa upacara sembahyang di gereja. Pada peringkat permulaan, drama liturgi dipentaskan di Monasteri St, Benedictine di Perancis, Jerman, Switzerland dan Sepanyol. Drama liturgi berkembang pesat antara tahun 1950-1300 dengan pementasan cerita yang dipetik daripada Bible.
pantomimepantomimKesusasteraanTiadaPersembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada zaman Romawi purba, pantomim membawa cerita-cerita mitos. Dalam persembahan tersebut, seorang pelakon mengajuk semua peranan watak, sementara korus akan menyanyikan ceritanya. Pada kurun ke-18, pementasan pantomim menjadi hebat dari segi visual dan teknikal. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian, dan jenaka topikal. Lihat juga mimos.
dramadramaKomunikasiTiadaCerita atau sandiwara yang dipersembahkan dalam bentuk pementasan teater, filem, televisyen atau siaran radio.
resurrection playlakon agamaKesenianDrama dan TeaterPementasan teater yang khusus untuk meraikan peristiwa sesuatu agama dengan membawa cerita yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Contohnya, lakon takziah merupakan satu bentuk lakon agama dalam kalangan golongan Syiah.
ludrukludrukMuzikTiada

 Opera atau teater popular yang wujud pada abad ke-19 di Jawa Timur, khususnya daerah Surabaya. Teater ini terdiri daripada muzik nyanyian, tarian dan cerita. Cerita rakyat menggambarkan kehidupan seharian yang dipersembahkan di pentas prosenium. Selingan komik antara babak yang dilakonkan oleh lelaki berpakaian perempuan yang menjadi daya tarikan audiens. Opera ini diiringi ensembel gamelan Jawa. Opera ini mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara, iaitu ketoprak di Jawa Tengah, zarzuela di Filipina, likay di Thailand, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong di Vietnam.

dramatisationpendramaanKomunikasiTiada1. Proses menceritakan semula kejadian yang telah berlaku dalam bentuk pementasan, teater, televisyen atau filem. Proses ini dibuat menyerupai keadaan yang berlaku itu dari segi cerita, kawasan, individu, peralatan dan perkara lain yang berkaitan. 2. Kaedah penceritaan yang memberi perhatian kepada unsur-unsur yang boleh mewujudkan suasana genting dan mampu meninggalkan kesan tertentu kepada penonton. Proses ini boleh diwujudkan melalui penggunaan gaya persembahan cerita, peralatan atau kesan bunyi tertentu.
play analysisanalisis lakonKesenianDrama dan TeaterPentafsiran terhadap naskhah drama dari segi cerita, watak dan perwatakan, plot serta pemikiran. Proses ini biasanya dilakukan antara pengarah dengan pelakon pada peringkat awal latihan teater untuk pemahaman semua pihak yang terlibat dalam pementasan. Sinonimanalisis skrip.
likaylikayMuzikTiada

 Teater popular atau opera Thailand yang dipersembahkan untuk hiburan di pentas prosenium di kuil dan di pasar. Tea­ter ini menggabungkan muzik, dialog, lakonan dan tarian. Cerita yang dipentaskan berkaitan dengan orang bangsawan dan rakyat biasa serta sejarah. Nyanyian, tarian dan cerita diiringi ensembel pi phot. Teater ini mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara, iaitu stambul di Jawa Tengah, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong di Vietnam. Sinonim jikey.

12

Kembali ke atas