extortion | pemerasan | Kriminologi | Tiada | Perbuatan mendapatkan wang, harta, atau perkhidmatan daripada individu atau institusi melalui paksaan, ugutan atau ancaman. Contohnya, mendapatkan wang dengan mengugut untuk membunuh mangsa. |
oppression | penindasan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menguasai dan mengambil keuntungan oleh pihak yang lebih berkuasa terhadap golongan yang lebih lemah. Golongan berkuasa melakukan pemerasan dengan memerah tenaga buruh atau mendapatkan sebarang khidmat golongan lemah untuk kepentingan mereka. Penindasan boleh berlaku dalam pelbagai aspek seperti politik, budaya, ekonomi, sosial dan pendidikan. Melalui penindasan ini, golongan atasan mendapat keuntungan yang tinggi manakala golongan bawahan hidup dengan lebih terhimpit, tidak diberi peluang yang sama, hak yang sepatutnya dan disekat kebebasan berpolitiknya. Contohnya, golongan Kulak (Rusia), Zamindar (India), Komprador (Amerika Latin) dan Kapitalis (Great Britain) menindas golongan buruh dan petani dalam masyarakat masing-masing. |
gangsterism | kesamsengan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bentuk gejala sosial yang menjadi amalan seseorang yang terlibat sebagai ahli kepada kumpulan jenayah seperti kongsi gelap. Lazimnya, kumpulan ini terlibat dalam pemerasan, keganasan dan jenayah terancang untuk kepentingan diri atau kumpulannya. Sinonim gengsterisme. |