Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mer.ha.ti] | ڤمرهاتي

Definisi : 1. orang yg mengikuti per­kembangan sesuatu: ~ politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri; 2. orang yg menghadiri persidangan dsb tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mer.ha.ti] | ڤمرهاتي

Definisi : 1 orang yg memberikan perhatian. 2 orang yg menghadiri (menyertai) sesuatu persidangan, seminar dll tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
focal pointtitik fokus .KesenianHiasan Dalaman1. Bahagian sesuatu objek yang paling menarik perhatian pemerhati di dalam ruang. Contohnya, lukisan atau ayat suci di ruang tamu. 2. Titik penting yang digunakan dalam unjuran lukisan perspektif atau lakaran.
picture planesatah gambarKesenianHiasan DalamanSatah dua dimensi yang dilihat telus oleh seseorang. Satah ini bersifat tegak lurus 90 darjah daripada garis pandangan pemerhati.
youth movementpergerakan beliaSains PolitikPolitik PerbandinganPergerakan golongan muda yang melambangkan perubahan dan pembaharuan. Gerakan ini dianggotai oleh sekumpulan remaja sehingga orang dewasa dan tidak melibatkan golongan pemerintah. Gerakan ini boleh juga dilihat dalam bentuk gerakan bukan kerajaan (NGO) atau sebagai belia secara keseluruhan. Gerakan ini sentiasa sensitif dalam mengawasi perjalanan pemerintahan kerajaan dan boleh menjadi pemerhati kepada kerajaan. Contohnya, Gerakan Belia 4B, ABIM, GPMS dan Majlis Belia Malaysia.
point of viewsudut pandanganKesusasteraanTiadaCara seseorang pengarang menyampaikan cerita dalam karya yang dihasilkannya. Seseorang pengarang akan menentukan cara sesuatu idea, perwatakan, latar atau aksi yang terdapat dalam cerita untuk disampaikan kepada pembaca. Terdapat dua sudut pandangan yang utama, iaitu sudut pandangan pencerita pertama dan sudut pandangan pencerita ketiga. Dalam sudut pandangan pencerita pertama, pengarang terlibat sebagai salah seorang watak dalam cerita dengan menggunakan ganti nama diri �aku�. Sudut pandangan pencerita ketiga pula memperlihatkan kedudukan pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku pemerhati serba tahu terhadap keseluruhan perjalanan cerita tersebut. Lihat juga serba tahu terbatas, sudut pandangan serba tahu.

Kembali ke atas