Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mer.ha.tian] | ڤمرهاتين

Definisi : perihal memerhatikan, usaha, dsb memerhatikan atau mengamati sesuatu: setelah diperbuat ~ dan percubaan di­ke­tahuilah asal usul penyakit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mer.ha.tian] | ڤمرهاتين

Definisi : perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
structured observationpemerhatian berstrukturPendidikanTiadaPemerhatian yang menggunakan garis panduan yang dinyatakan dengan jelas untuk merekod data.
controlled observationpemerhatian kawalanPendidikanTiadaPemerhatian yang melibatkan pemboleh ubah konstan.
mediated observationpemerhatian tak langsungPendidikanTiadaPemerhatian situasi atau peristiwa secara tidak langsung dengan menggunakan media seperti televisyen atau filem bagi membincangkan masa depan.
direct observationpemerhatian langsungPendidikanTiadaProses pemerhatian terhadap subjek secara terus untuk merekod kekerapan dan tempoh masa tingkah laku subjek.
indirect observationpemerhatian tidak langsungPendidikanTiadaPemerhatian tidak dibuat terus kepada seseorang tetapi bergantung kepada data yang sedia ada atau data yang dikumpul oleh orang lain.
Fuller observationpemerhatian FullerKejuruteraanKejuruteraan KimiaPemerhatian tentang jenis arang batu dan minyak mentah yang boleh dicari gali di sesuatu kawasan geografi berdasarkan peratusan karbon di dalam arang batu dengan jenis takungan minyak.
naturalistic observationpemerhatian naturalistikPsikologiPsikologi UmumKaedah pemerhatian yang mengumpulkan data kajian dengan mencerap tingkah laku di tempat semula jadi subjek kajian yang terlibat. Contohnya, Van Landwick-Goodall (1971) meneliti tingkah laku beruk menggunakan batang rumput untuk memancing semut di busut secara deskriptif. Bagi menjelaskan tingkah laku seperti itu pengkaji biasanya bermungkinan tidak dapat melakukannya di makmal atau tempat yang diubah suai seperti zoo.
observational designreka bentuk pemerhatianPendidikanTiadaKajian yang hanya membuat pemerhatian sahaja dan tidak termasuk kajian eksperimen.
anatomical analysisanalisis anatomiSains SukanBiomekanikPemerhatian terhadap pergerakan untuk menentukan tindakan sendi dan otot yang terlibat. Contohnya, melakukan pemerhatian terhadap pergerakan sendi dan otot kaki semasa menggelecek bola dalam permainan bola sepak.
consumer panelpanel penggunaKomunikasiKorporatSekumpulan pengguna yang dipilih sebagai sampel penyelidik sebagai alat kajian dalam pengiklanan. Fungsi utama sampel ini adalah untuk membuat pemerhatian tabiat pengguna dan penilaian sesuatu barangan. Sampel untuk pemerhatian tabiat pengguna biasanya terdiri daripada individu atau isu rumah yang telah dikenal pasti dan bersetuju untuk melalui proses pemerhatian yang dilakukan secara berterusan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin mengenai tabiat penggunaan sesuatu barangan bagi memudahkan pengeluar merancang inovasi barangan yang akan dikeluarkan. Panel pengguna juga boleh digunakan sebagai alat untuk menilai keberkesanan iklan sebelum sesuatu iklan disiarkan. Tujuan penilaian ini antaranya adalah untuk mengenal pasti tahap daya tarikan, faktor yang menyumbang daya tarikan tersebut, dan tahap kefahaman terhadap mesej iklan seperti tanggapan pengguna terhadap barangan. Pemilihan panel pengguna boleh dilakukan secara berstruktur atau secara rawak. Persetujuan untuk menjadi panel pengguna biasanya diperoleh terlebih dahulu sebelum proses penilaian dilakukan.
12345678910...

Kembali ke atas