Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.ri/.sa.an] | ڤمريقساءن

Definisi : 1. perbuatan memeriksa, pe­nyelidikan, penelitian, pengusutan: di hospital, doktor telah menjalankan ~ terhadapnya utk menentukan jenis penyakit yg dihidapinya; 2. hasil atau pendapat drpd meme­riksa: ~ yg baik akan memberi panduan kpd kanak-kanak dlm pelajaran mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.ri/.sa.an] | ڤمريقساءن

Definisi : perbuatan atau hal memeriksa: Pusat Penyelidikan Getah Tanah Melayu selalu mengadakan ~ ke atas kilang-kilang yg mengeluarkan getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
periksa
Kata Terbitan : memeriksa, peperiksaan, pemeriksaan, pemeriksa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abdominoscopyabdominoskopiPerubatanTiadaPemeriksaan rongga abdomen, khususnya pemeriksaan langsung organ-organ abdomen secara endoskopi.
postnatal examinationpemeriksaan postnatalKejururawatanTiadaPemeriksaan ke atas ibu dalam tempoh enam minggu selepas melahirkan bayi. Contohnya, pemeriksaan payudara, tinggi fundus, perineum, trombosis vena dalam, hemoglobin dan urin.
acceptance inspectionpemeriksaan penerimaanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPemeriksaan akhir dalam menentukan sama ada suatu sistem atau kemudahan memenuhi piawaian teknikal dan prestasi yang ditetapkan. Pemeriksaan ini dilakukan sebaik sahaja ujian perisian dan kemudahan dijalankan bagi penerimaan sistem maklumat tersebut. Sekiranya sistem ini diterima, maka akreditasi diperoleh.
cardiovascular preoperative evaluationevaluasi kardiovaskular prabedahPerubatanTiadaPemeriksaan sistem kardiovaskular pesakit sebelum pembedahan. Pemeriksaan ini melibatkan pengambilan sejarah pesakit, pemeriksaan kadar denyutan dan ritma jantung, pengukuran tekanan darah arteri dan vena jugular, auskultasi bunyi jantung, membuat interpretasi sinar-X dada dan elektrokardiogram.
forest checking stationstesen pemeriksaan hasil hutanPerhutananPengurusan HutanPusat pengukuran dan pemeriksaan hasil hutan bagi mengira cukai yang perlu dibayar berdasarkan isi padu dan spesies yang dikeluarkan. Pemeriksaan juga dijalan supaya hanya kayu yang dibenarkan sahaja dibawa keluar.
check uppemeriksaanPerubatanTiadaPemeriksaan perubatan, terutama yang dilakukan pada sela masa tertentu untuk mengesan penyakit pada peringkat awal.
macroscopic examinationpemeriksaan makroskopikPerubatanTiadaPemeriksaan sesuatu objek yang dibuat dengan mata kasar, tanpa menggunakan mikroskop.
preflight inspectionpemeriksaan praterbangAeroangkasaTiadaPemeriksaan pesawat udara sebelum berlepas untuk memastikan semua sistem berfungsi dengan baik.
visual inspectionpemeriksaan visualSosiologiTiadaPemeriksaan dengan mata kasar.
periodical surveypemeriksaan berkalaKejuruteraanTiadaPemeriksaan kapal pada jangka masa yang telah ditetapkan.
12345678910...

Kembali ke atas