curriculum mapping | pemetaan kurikulum | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses mengindeks dan menyelaras bahagian-bahagian kurikulum seperti objektif, aliran idea, tahap pelajar, kesesuaian sumber, tempoh belajar dan pentaksiran bagi mengenal pasti dan menangani isu ruang, kesinambungan, kelewahan dan ketidakjajaran akademik. Proses ini bertujuan untuk memperbaik kekoherenan kursus serta keberkesanan e-pembelajaran. |
epigenomics mapping | pemetaan epigenomik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk memetakan maklumat epigenomik di dalam genom organisma. |
genome mapping | pemetaan genom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk mengenal pasti lokus gen dan penanda DNA, dan jarak relatif di antara gen dan penanda DNA pada kromosom. Kaedah ini digunakan untuk memetakan penanda molekul di lokasi yang bersesuaian pada kromosom, dan seterusnya menghasilkan peta genetik atau peta fizikal untuk kromosom atau genom tersebut. Lihat juga peta genetik, peta fizikal. |
physical mapping | pemetaan fizikal | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk mencari susunan penanda DNA dan jarak fizikal di antara penanda DNA pada sesuatu kromosom. |
restriction mapping | pemetaan penyekatan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk memetakan segmen DNA yang tidak diketahui, dengan memecahkannya kepada kepingan kecil menggunakan enzim penyekat khusus, untuk mengenal pasti lokasi tapak sekatan. |
genetic interaction mapping | pemetaan interaksi genetik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah yang digunakan untuk memaparkan hubungan di antara gen-gen dan interaksi fizikal di antara protein-protein secara sistematik. Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti fungsi sesuatu gen baru dengan melihat bagaimana perlakuan gen mempengaruhi fenotip. |
charting sheet | lembaran pemetaan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
thermomicroscopy | termomikroskopi | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk pemetaan suhu dan kekonduksian terma pada antara muka bahan/sampel. |
hydrography | hidrografi | Sains Marin | Tiada | Bidang ilmu sains yang berkaitan dengan pemetaan laut dan pesisir yang melibatkan penghuraian dan pengukuran kualiti air di lautan, sungai, tasik dan daratan. Bidang ini juga melibatkan jangkaan perubahan faktor-faktor yang berkadar langsung dengan masa untuk tujuan utamanya dalam aspek keselamatan pengemudian. Selain itu, bidang ini juga berperanan sebagai penyokong kepada aktiviti-aktiviti marin lain yang selalunya melibatkan perkembangan ekonomi, keselamatan, kajian saintifik dan persekitaran. |
optical map | peta optikal | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Molekul DNA tunggal yang diwarnakan hasil daripada proses pemetaan optikal untuk proses penggabungjalinan yang lebih tepat. |