metaphysical poetry | puisi metafizika | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengungkapkan pemikiran yang berhubung dengan fenomena di luar realiti. Pemikiran-pemikiran ghaib yang terungkap dalam puisi itu boleh. dikesan melalui akal fikiran yang rasional. Contohnya, puisi "Padamu Jua" dalam Nyanyi Swzyi karya Amir Hamzah. |
reductionism | reduksionisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang berpegang kepada pemikiran yang memampatkan sesuatu pemikiran atau prosedur kepada keadaan yang lebih ringkas dan padat. Idea ini melihat sesuatu pemikiran itu sebenarnya mengandungi beberapa entiti idea yang lebih kecil bergabung bersama membentuk pemikiran tersebut. Pendukung fahaman ini memudahkan pemahamannya dengan melihat kepelbagaian secara simplistic iaitu memudahkan pemerhatian. |
theatre of the absurd | teater absurd | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir oleh Yusuf Idris. Lihat juga absurd. |
egocentric thought | pemikiran egosentrik | Psikologi | Tiada | Pemikiran yang lebih tertumpu kepada diri sendiri atau taasub diri. Menurut Piaget, pemikiran ini lebih menumpukan kepada keperluan atau hal-hal yang berkait dengan diri sendiri. |
dianoia | dianoia | Kesusasteraan | Tiada | Pemaparan unsur pemikiran yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Unsur pemikiran yang dipaparkan merupakan inti pati sesuatu idea yang terdapat dalam karya, biasanya karya puisi. Unsur pemikiran tersebut sering diungkapkan sebagai tema utama, tergambar dengan kesan emosi, kepercayaan, kenyataan atau corak tingkah laku watak yang terdapat dalam karya tersebut. Menurut Aristotle, dianoia merupakan salah satu daripada tiga unsur dalam karya sastera selain unsur mitos (cerita atau plot) dan etos (perwatakan). |
computational thinking | pemikiran komputasional | Pendidikan | Tiada | Pemikiran yang melibatkan pencarian formula terhadap permasalahan dan penyelesaiannya dengan cara yang dilaksanakan oleh komputer. |
autistic thinking | pemikiran autistik | Perubatan | Psikiatri | Pemikiran yang terlalu mementingkan diri. |
critical thinking | pemikiran kritis | Kejururawatan | Tiada | Pemikiran yang bertujuan membuat pertimbangan berdasarkan imbasan kembali terhadap bukti-bukti bagi memperkukuh rumusan. |
counter revolution | revolusi balas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Revolusi yang digerakkan sebagai tindak balas terhadap revolusi yang merombak sistem, aturan sosial dan pemikiran sesebuah masyarakat. Revolusi balas ini muncul disebabkan wujudnya pemikiran yang tidak bersetuju dengan gerakan revolusi yang telah tercetus sebelum ini. Revolusi balas tidak bermakna satu gerakan yang ingin mengembalikan sistem sosial sebagaimana yang wujud sebelum itu tetapi kebiasaannya merujuk kepada keinginan untuk memperbaiki beberapa aspek dalam revolusi yang dilihat tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat. Misalnya kemunculan pemikiran Positivisme yang dipelopori oleh Henry St. Simon dan Auguste Comte pada abad ke-18 merupakan satu bentuk revolusi balas dari sudut pemikiran yang menentang aspek kebebasan mutlak yang dianjurkan oleh Revolusi Perancis ketika itu. Namun idea ini tidak bermakna mahu mengembalikan pemikiran masyarakat Perancis seperti zaman feudal sebelum revolusi tercetus. |
surrealism | surealisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire. |