direct election | pemilihan langsung | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemilihan pemimpin yang dilakukan sendiri oleh warganegara di sesebuah negara. Proses ini dapat difahami dengan jelas melalui perbandingan pemilihan yang berlaku dalam demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Dalam demokrasi berpresiden, rakyat yang menentu dan melakukan sendiri pemilihan Presiden, Naib Presiden dan juga ahli Kongres. Undi rakyat menentukan secara langsung calon yang bakal memegang jawatan-jawatan ini. Dalam sistem demokrasi berparlimen pula, pengundi hanya memilih wakil ke Parlimen. Rakyat tidak memilih calon yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri dan juga ahli kabinet. Jawatan tersebut dipilih melalui persetujuan yang dicapai secara majoriti oleh ahli Parlimen. Dalam erti kata lain, pemilihan langsung merujuk kepada proses pemilihan yang ditentukan sendiri oleh rakyat terhadap sesuatu pemilihan secara hakiki. |
artificial selection | pemilihan tiruan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pembiakan haiwan untuk menghasilkan anak yang mempunyai ciri fenotip terpilih. Pemilihan tiruan adalah dengan memilih jantan dan betina yang tertentu. Terdapat dua pendekatan pemilihan tiruan. Pertama, pembiak baka boleh membuat pemilihan satu ciri fenotip dengan tumpuan terhadap ciri tersebut sahaja. Kedua, pemilihan semula jadi pada persekitaran terkawal. |
bull selection | pemilihan lembu jantan dewasa | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pemilihan haiwan bagi dijadikan baka induk untuk pembiakan. Pemilihan lembu jantan dewasa ini berdasarkan baka dan keturunan serta bentuk badan atau konformasi. |
self-determined learning | pembelajaran penentuan kendiri | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses pembelajaran yang dimula, dirancang, disusun, dilaksana, ditaksir dan dinilai oleh pelajar itu sendiri. Pembelajaran ini merangkumi pemilihan kendiri oleh pelajar bagi semua aspek objektif, pemilihan bahan, jangka masa, pemilihan rakan dan guru bagi mencapai matlamatnya. |
diction | pemilihan kata | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan serta penyusunan perkataan yang mengutamakan ketepatan, tekanan dan keistimewaan puisi. Ini termasuklah sifat perkataan tersebut seperti denotatif, konotatif, bahasa kiasan, perkataan yang menggunakan imbuhan dan sebagainya. Sinonim diksi. |
benefit of selection | faedah pemilihan | insurans | Tiada | Kebaikan yang diperoleh oleh insurer melalui pemilihan risiko insurans yang teliti. |
growth selection | pemilihan pertumbuhan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pembiakan haiwan yang digunakan untuk mengembangkan ciri fenotip tertentu. Pemilihan pertumbuhan melibatkan pembiakan secara seksual haiwan jantan dan betina terpilih untuk menghasilkan anak. |
genetic selection | pilihan genetik | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pemilihan ciri tertentu yang menjadikannya lebih menonjol daripada ciri lain dalam sesuatu spesies. Pemilihan genetik dilihat dalam organisma disebabkan oleh gen yang terdapat pada kromosomnya. Contohnya, burung merak jantan mempunyai bulu ekor yang cantik berbanding dengan burung merak betina. |
herbal sampling | pensampelan herba | Herba | Tiada | Pemilihan satu unit yang mewakili suatu kelompok bahan mentah dan/atau sediaan herba untuk diuji dan dipastikan keberulangan kualiti yang munasabah bagi kelompok tersebut. Proses pemilihan suatu sampel herba untuk tujuan kawalan kualiti dan penyelidikan. |
majoritarian system | sistem majoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu bentuk sistem yang mempunyai kaitan dengan sokongan atau pemilihan terbanyak. Sistem ini dapat dilihat semasa proses pilihan raya dan juga dalam soal pemilihan ketua atau pemimpin. Dalam sesebuah negara, parti yang menang besar dalam pilihan raya akan membentuk kerajaan dan seterusnya menjalankan dasar pemerintahan. Pemimpin parti tersebut akan dipilih sebagai ketua kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Contohnya, pemimpin parti yang mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen akan menjawat jawatan Perdana Menteri. |