Islamic Shipowners� Association (ISA) | Persatuan Pemilik-Pemilik Kapal Islam (ISA) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi sekutu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan untuk menyelaraskan dan menyatukan usaha anggota dalam membentuk kerjasama antara syarikat perkapalan bagi memaksimumkan keuntungan dan menggalakkan anggota untuk menubuhkan syarikat perkapalan secara usaha sama. Matlamatnya yang lain adalah untuk membina hubungan antara dunia Islam serta meningkatkan pelayaran penumpang dan barangan antara negara Islam dengan negara lain, membantu dalam membuat dasar yang seragam untuk pengangkutan laut dalam dan mengadakan penyelidikan dalam bidang pengangkutan laut. |
division of profit | pembahagian untung | Ekonomi | Tiada | Pembahagian keuntungan antara pemodal-pemodal atau antara pemilik-pemilik saham syarikat. |
malik | pemilik | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang mempunyai kuasa pemilikan, pemunyaan serta pengurusan dan pentadbiran harta secara eksklusif. Contohnya, pemilik rumah atau pemilik kereta. Dalam perniagaan, malik mempunyai kuasa mengurus, mentadbir dan menggunakan hartanya. Sinonim dhul yad, rabb. |
homesteader | bakal pemilik rumah ladang; pemilik rumah ladang | Sejarah | Tiada | Tiada |
pawn item owner | pemilik barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Individu yang memiliki barang gadaian. Pemilik barang gadaian mungkin terdiri daripada orang yang berhutang atau orang lain yang mengizinkan barangnya digunakan sebagai cagaran. Pemilik barang gadaian mesti mengemukakan dokumen pemilikannya seperti surat belian barang kepada pegadai. Sekiranya penggadai bukan pemilik barang gadaian, penggadai dikehendaki mengemukakan surat akuan berkanun yang ditandatangani oleh pesuruhjaya sumpah. |
mudarabah contract | akad mudarabah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang membolehkan pemilik modal (rabbul mal) menyediakan modal pembiayaan projek yang dijalankan oleh pengusaha (mudarib). Pemilik modal boleh terdiri daripada institusi kewangan, syarikat atau individu. Pemilik modal berhak menyelia dan membuat tindakan susulan bagi memastikan dana yang digunakan oleh pengusaha mengikut akad tersebut. Keuntungan daripada projek akan dibahagikan antara pemilik modal dengan pengusaha mengikut kadar nisbah yang dipersetujui bersama. Sekiranya berlaku sebarang kerugian, pemilik modal akan menanggung kerugian itu, manakala pengusaha pula akan menanggung kerugian dari segi masa dan usaha tanpa mendapat sebarang pulangan. |
pawner permission | kebenaran pemilik gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Keizinan dan persetujuan yang diperlukan oleh penggadai daripada pemilik barang untuk menjadikan barang miliknya sebagai barang gadaian. Sebagai tanda persetujuan, pemilik barang gadaian perlu mengisi dan menandatangani borang gadaian yang akan diserahkan oleh penggadai kepada pegadai untuk mendapatkan hutang. Contohnya, persetujuan yang didapati oleh penggadai untuk menggunakan emas seperti rantai, gelang dan cincin milik ahli keluarganya sebagai barang gadaian. |
sahm lihamiliha | saham pembawa | Perniagaan Islam | Tiada | Sijil saham yang tidak tercatat nama pemilik. Individu yang membawa sijil saham tersebut dianggap sebagai pemilik saham oleh syarikat. Saham pembawa tidak sah dari segi syarak kerana tidak dapat dipastikan pemilik sebenar serta boleh mewujudkan perbalahan antara pembawa dengan pemilik sebenar saham tersebut. Sinonim asham lihamiliha. |
crop completely delivery | penyerahan penuh tanaman | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses penyerahan tanaman sepenuhnya oleh pemilik kepada penjaga. Pemilik tanaman tidak lagi mempunyai hak untuk campur tangan dalam kerja pengurusan tanaman tersebut. Penyerahan penuh tanaman berlaku dalam akad usaha sama pengurusan. |
ownership structure | struktur pemilikan | Ekonomi | Tiada | Keadaan pemilikan firma sama ada oleh perseorangan, perkongsian, atau pemegang saham yang ramai, sama ada pemilik tempatan keseluruhannya, pemilik asing atau gabungan antara kedua-duanya. |