Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.sa.han] | ڤميسهن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mi.sa.han] | ڤميسهن

Definisi : hal atau perbuatan memisahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
separation of powerpengasingan kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganPemisahan fungsi legislatif, eksekutif dan kehakiman dalam pemerintahan negara. Pemisahan ini dapat dilihat melalui pembahagian fungsi iaitu legislatif untuk menggubal undang-undang, eksekutif pula melaksanakan undang-undang dan kehakiman mentafsir undang-undang. Badan legislatif atau Parlimen diletakkan terpisah daripada badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemisahan ini amat perlu untuk mengelakkan kuasa tertumpu kepada satu badan atau seorang yang hanya mendorong kepada penyalahgunaan kuasa. Contohnya, amalan pemisahan kuasa seperti yang terdapat di Amerika Syarikat. Sinonim pemisahan kuasa.
segregationpengasinganSains PolitikPolitik PerbandinganPemisahan yang dilakukan terhadap individu, kelompok dan petempatan. Pemisahan ini dilaksanakan dengan memindahkan kelompok yang sedia ada melalui suatu rancangan yang rapi berasaskan etnik, agama, warna kulit atau status sosial. Pemisahan ini dilakukan sama ada untuk kepentingan etnik tertentu, dasar warna kulit, layanan yang tidak sama atau untuk mengelak masyarakat ini bercampur antara satu sama lain. Contohnya, dasar Aparteid yang pemah diamalkan di Afrika Seletan yang mengasingkan penduduk kulit putih dengan kulit hitam.
separation factorfaktor pemisahanKimiaKimia Analisis1. Ukuran pemisahan dua zat dalam pengekstrakan. 2. Nisbah kelimpahan dua isotop selepas pemprosesan dibahagikan dengan kelimpahan isotop sebelum pemprosesan.
dichotomydikotomiKesusasteraanPuisiPemisahan atau pembahagian antara dua kelompok, kumpulan dan era. Pemisahan dibuat kerana terdapatnya perbezaan yang jelas dalam sesuatu aspek. Contohnya, dikotomi perkembangan puisi Melayu sebelum perang dengan perkembangan puisi Melayu selepas perang.
secessionismfaham pemisahanSains PolitikPolitik PerbandinganPemikiran yang berpegang kepada pembentukan wilayah yang merdeka daripada penguasaan kuasa pusat. Lihat juga pemisahan.
isolationpengasinganKesihatan AwamTiadaPemisahan seseorang atau sesuatu kumpulan daripada orang lain, kecuali petugas yang bertanggungjawab atas penjagaan atau pemisahan tersebut, untuk mencegah perebakan sesuatu penyakit berjangkit dan memberikan rawatan kepada mereka.
herbal precipitationpemendakan herbaHerbaTiadaProses pemisahan bahan pepejal daripada larutan ampaian herba melalui tindakan graviti, pengemparan atau penambahan pelarut organik. Contohnya, pemisahan residu herba selepas proses maserasi dan pemendakan komponen glikosaponin daripada larutan air tongkat ali.
liquid-solid extractionpengekstrakan cecair-pepejalHerbaTiadaProses pemisahan komponen kimia terlarut daripada suatu pepejal dengan menggunakan pelarut cecair. Contohnya, pemisahan bahan aktif asiatikosida daripada daun pegaga dengan menggunakan pelarut campuran air dan alkohol.
recovery rationisbah pemulihKimiaKimia AnalisisSebutan ralat (Q) dalam proses pemisahan yang bergantung kepada dua faktor iaitu kelengkapan pemulihan analit (x) dan darjah pemisahan juzuk yang tidak diingini daripada sampel asal (Xo). Pemulihan yang terbaik ialah pada Q = 1.
isolationpemencilan/pengasinganHerbaPemiawaianProses pemisahan sebatian kimia tertentu daripada campuran sesuatu ekstrak atau fraksi herba. Proses ini boleh dilakukan melalui kaedah kromatografi, seperti kromatografi turus dengan menggunakan pelarut organik atau akueus. Contohnya, pemisahan sebatian piawai eurikomanon daripada ekstrak akueus tongkat ali (Eurycoma longifolia). Sinonim pengasingan.
12345678910

Kembali ke atas