palpation | pempalpatan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah yang lazim digunakan dalam pemeriksaan fizikal haiwan. Pempalpatan dilaksanakan dengan menggunakan tangan sama ada di bahagian luaran ataupun dalaman haiwan. Pempalpatan membantu membuat diagnosis terhadap sesuatu keadaan pada haiwan yang diperiksa. |
pregnancy diagnosis | diagnosis kebuntingan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah yang digunakan untuk mengetahui status kebuntingan haiwan. Pelbagai teknik mendiagnosis kebuntingan pada haiwan boleh dilakukan seperti pempalpatan rektum, pengukuran aras hormon, pengukuran aras protein awal kebuntingan dan pemeriksaan menggunakan pengimbas ultrabunyi. Penentuan kebuntingan pada peringkat awal haiwan amat penting dalam pengurusan haiwan. |