Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : proses pemaduan dua atau beberapa monomer utk membentuk polimer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pempolimeran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polymerizationpempolimeranKimiaTiadaPembentukan polimer daripada molekul ringkas yang disebut monomer. Terdapat dua jenis pempolimeran, iaitu pempolimeran penambahan dan pempolimeran kondensasi.
polymerizationpempolimeranPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPenggabungan molekul kecil, yang disebut monomer menjadi molekul yang lebih besar dan kompleks, yang disebut polimer. Terdapat dua jenis pempolimeran, iaitu pempolimeran penambahan dan pempolimeran kondensasi.
polymerizationpempolimeranKejuruteraanPolimerTindak balas kimia yang melibatkan molekul kecil seperti monomer bergabung membentuk polimer. Dua jenis pempolimeran utama: pempolimeran penambahan yang monomer tak tepu bergabung tanpa menghasilkan produk sampingan, dan pempolimeran pemeluwapan yang bahan tindak balas bertindak balas membentuk polimer dan bahan sampingan molekul kecil seperti air.
photosentisizerfotopemekaKejuruteraanPolimerBahan yang sama ada akan meningkatkan pempolimeran fotokimia atau mengubah jarak gelombang kadar pempolimeran. L.j. pempolimeran fotokimia.
condensation polymerizationpempolimeran kondensasiKimiaTiadaPempolimeran yang melibatkan penyingkiran satu molekul kecil lazimnya air. Misalnya, pempolimeran asid adipik dan heksametil-metilenadiamina untuk menghasilkan nilon.
carbocationic polymerizationpempolimeran karbokationKejuruteraanPolimerKaedah pempolimeran kation melalui proses karbokation sebagai pusat aktif. L.j. pempolimeran kation.
anionic polimerizationpempolimeran anionKejuruteraanPolimerPempolimeran penambahan yang dimulakan dengan anion, yang berpunca daripada garam organik atau logam alkali. Pempolimeran ini lazimnya digunakan untuk menghasilkan polimer blok dan getah sintetik.
thermal polymerizationpempolimeran termaKejuruteraanPolimerKaedah pempolimeran yang dimulakan oleh tenaga terma bagi penguraian molekul pemula untuk memulakan pempolimeran.
additional polymerizationpempolimeran penambahanKimiaTiadaPempolimeran yang tidak melibatkan sebarang penyingkiran molekul lain. oleh itu, formula empirik monomer dan polimer adalah sama. Misalnya, pempolimeran vinil klorida kepada polivinil klorida.
melt polymerizationpempolimeran leburanKejuruteraanPolimerKaedah pempolimeran pukal yang dijalankan pada suhu di atas takat suhu leburan monomer dan juga polimer. Misalnya, pempolimeran poliamida dan poliester.
12345678910...

Kembali ke atas