Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mui.si] | ڤمويسي

Definisi : orang yg mencipta (mengarang, me­nulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mui.si] | ڤمويسي

Definisi : orang yg mencipta, mengarang, menulis atau mendeklamasikan puisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puisi (kata nama)
Bersinonim dengan sajak, bait, balada, haiku, syair, pantun, gurindam, seloka, satira, lirik, madah, kelong, talibun, tembang, kakawin;,
Kata Terbitan : berpuisi, pemuisi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beat generationgenerasi rendahKesusasteraanTiadaKumpulan penulis novel dan pemuisi Amerika pada tahun 50-an dan 60-an yang menentang budaya dan sistem nilai yang ada dan melahirkan pertentangan ini melalui karya sastera yang mempunyai struktur yang longgar dan penggunaan diksi slanga untuk menggambarkan keadaan yang tidak bernilai.
kawikawiKesusasteraanTiadaOrang yang dianugerahkan ilham, mempunyai pengetahuan, atau yang dapat meramalkan masa hadapan. Para kawi biasanya dalam kalangan guru atau rishi. Seterusnya, kawi yang lebih khusus merujuk kepada penyair, dan para kawi ini dikenali di Jawa. Kawi berasal dariapda perkataan Sanskrit kavi bermaksud �pemuisi�. Lihat juga kakawin.
bardbardaKesusasteraanTiadaSeniman puisi yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Seniman ini memainkan peranan utama sebagai individu yang membacakan puisi tertentu dalam perayaan tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Umumnya, puisi yang dibacakan berkisar tentang kegemilangan pencapaian suatu kelompok masyarakat atau meraikan watak hero yang hidup dalam budaya pemikiran masyarakat tersebut. Contohnya di Wales, barda masih berperanan penting dalam perayaan tahunan Eisteddfod yang bermula sejak abad ke-12, Barda mungkin boleh disamakan dengan tokoh penglipur lara dalam tradisi Melayu. Penglipur lara merupakan seniman rakyat yang berada di pentas utama dalam sesuatu upacara perayaan zaman silam. Mereka merupakan tukang cerita dan pemuisi yang mempersembahkan cerita dalam upacara tertentu, sama ada kepada khalayak istana ataupun desa. Sama seperti persembahan barda, persembahan penglipur lara Melayu juga diiringi dengan alat muzik seperti rebab, seruling, dan belanga. Antara tokoh penglipur lara Melayu yang terkenal ialah Pawang Ana dan Mir Hasan di Perak dan Pak mahmud di Perlis. Lihat juga lipur lara.

Kembali ke atas