soft landing | pemulihan bertahap | Ekonomi | Tiada | Pemulihan terhadap sesuatu keadaan daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik secara bertahap. Contohnya, pemulihan semula ekonomi selepas dilanda pandemik. |
soft landing | pemulihan bertahap | Kesihatan Awam | Tiada | Pemulihan terhadap sesuatu keadaan daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik secara bertahap. Contohnya, pemulihan semula ekonomi selepas dilanda pandemik. |
psychosocial rehabilitation | pemulihan psikososial | Perubatan | Psikiatri | Pemulihan yang dilakukan terhadap individu yang mengalami ketidakupayaan fizikal dan mental untuk meningkatkan fungsi psikososial. |
vapour-recovery system | sistem pemulihan wap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pemulihan wap bahan api cecair seperti gasolin yang terlepas dari tangki bahan api dan mangkuk pelampung dalam karburetor dengan menggunakan sistem kawalan penyejatan. Sistem ini akan menghalakan wap tersebut ke kanister arang untuk mengelakkan gas terbebas ke atmosfera dan mencemarkan alam sekitar. Wap yang dipulihkan akan menjadi cecair dan dihantar ke enjin untuk dibakar. |
recovery ratio | nisbah pemulih | Kimia | Kimia Analisis | Sebutan ralat (Q) dalam proses pemisahan yang bergantung kepada dua faktor iaitu kelengkapan pemulihan analit (x) dan darjah pemisahan juzuk yang tidak diingini daripada sampel asal (Xo). Pemulihan yang terbaik ialah pada Q = 1. |
restoration | pemulihan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses mengembalikan bangunan atau fabrik bandar kepada keadaan asalnya melalui perca percantuman semula komponen asal tanpa penambahan bahan baharu. |
diversion | alih haluan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan yang dilakukan lazimnya oleh pihak penguatkuasa untuk mengelakkan pelaku salah dikenakan tindakan undang-undang dengan cara menggalakkan atau mendorong pelaku tersebut untuk mengikuti program pemulihan. Contohnya, pihak berkuasa mencadangkan agar remaja nakal mengikuti program pemulihan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). |
health recovery | pemulihan kesihatan | Kesihatan Awam | Tiada | Penyembuhan daripada sesuatu penyakit, berikutan pelaksanaan langkah-langkah pengawalan ketat yang dijalankan oleh pihak berkuasa. |
economy recovery | pemulihan ekonomi | Ekonomi | Tiada | Peringkat kitaran perniagaan yang semakin meningkat dan bertambah kukuh selepas berakhirnya tempoh kemelesetan. |
automatic restoration | pemulihan automatik | insurans | Tiada | lih. fasal kembali semula automatik. |