Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa.
Thanks for clicking. That felt good.