Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mus.nah] | ڤموسنه

Definisi : yg memusnahkan (membinasa­kan): benarkah surat layang suatu ejen ~ masyarakat? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mus.nah] | ڤموسنه

Definisi : yg memusnahkan: usaha utk menghapuskan ~ masyarakat dan bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musnah (adjektif)
Bersinonim dengan binasa, ranap, punah, hancur, hancai, remuk, jahanam, rosak, lingkup, tengkarap, hapus, sirna;,
Kata Terbitan : memusnahkan, kemusnahan, pemusnahan, pemusnah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unconventional warperang bukan konvensionalSains PolitikPolitik PerbandinganPeperangan yang melibatkan penggunaan tentera konvensional dan banyak menggunakan senjata pemusnah biokimia, nuklear, senjata satelit dan peperangan digital. Peperangan ini dikatakan meletus secara luar biasa iaitu tidak seperti perang konvensional. Peperangan konvensional lazimnya merujuk kepada peperangan yang melibatkan penggunaan ketenteraan seperti serangan artileri, serangan udara dan laut.
periosteumperiosteumSains SukanBiomekanikLapisan tisu penghubung yang menyelaputi permukaan luar tulang panjang dan menjadi tempat peletakan otot, tendon dan ligamen. Periosteum mengandungi osteoblas (sel pembentuk tulang), osteoklas (sel pemusnah tulang), gentian saraf, salur darah dan limfatik. Periosteum mempunyai banyak salur darah dan berfungsi terhadap pertumbuhan tulang secara melebar. Lihat juga tulang panjang.
superbugsuperpepijatTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus atau kod hasad yang tidak boleh dikesan atau dibuang oleh perisian antivirus. Walaupun superpepijat velum pernah wujud, namun superpepijat dijangka akan mempunyai ciri polimorfisme tandatangan yang kompleks untuk mengaburi imbasan dari perisian antivirus dan juga kaedah merebak dan arahan pemusnah yang berbeza atau sentiasa berubah. Ciri ini boleh menyebabkan vaksin yang dikeluarkan untuk superpepijat hanya berguna untuk jangka masa yang singkat sahaja, iaitu sehingga superpepijat tersebut berubah bentuknya sekali lagi.
ultimatumkemuktamadanSains PolitikPolitik PerbandinganPilihan terakhir yang diberikan kepada seseorang atau sesuatu pihak bagi mendesak pihak tersebut memilih atau membuat satu keputusan muktamad yang tidak ada tolak ansur lagi. Kata dua ini meletakkan sesuatu pihak tersebut terhimpit dengan ruang pemilihan yang sangat terbatas. Contohnya, penyalahgunaan kuasa Presiden Amerika Syarikat, Bush yang memberi kata dua kepada Presiden Iraq Saddam Hussein untuk menghapuskan senjata pemusnah atau akan diserang. Sinonim kata dua.

Kembali ke atas