Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mus.na.han] | ڤموسنهن

Definisi : perihal atau perbuatan memus­nahkan, pembinasaan: penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mus.na.han] | ڤموسنهن

Definisi : perbuatan atau hal memusnahkan; pembinasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musnah (adjektif)
Bersinonim dengan binasa, ranap, punah, hancur, hancai, remuk, jahanam, rosak, lingkup, tengkarap, hapus, sirna;,
Kata Terbitan : memusnahkan, kemusnahan, pemusnahan, pemusnah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
photobleachingfotolunturFizikNanoteknologiPemusnahan sifat fluorofor suatu bahan secara kaedah fotokimia yang dapat dikesan daripada kesukaran untuk mengamati molekul pendarfluor dan memberikan masalah terutamanya dalam mikroskopi masa-lesap. Kemusnahan ini dapat dikawal dengan mengurangkan keamatan cahaya atau memendekkan tempoh masa pendedahan cahaya, menambah kepekatan bahan fluorofor atau menggunakan fluorofor yang lebih berdaya tahan. Fotoluntur ini dapat dieksploitasikan untuk mengkaji pergerakan atau pembauran molekul.
autolysisautolisisPerikananAkuakulturPemusnahan sesuatu sel atau sebahagian daripada komponennya melalui tindakan enzim hidrolisis sel itu sendiri.
haemolysishemolisisKejururawatanTiadaPemusnahan sel darah merah dan pembebasan hemoglobin oleh hemolisin.
digestionpencernaanKimiaKimia AnalisisPemusnahan bahan umpamanya sampel biologi oleh bahan kimia seperti asid sulfurik pekat. Biasanya pemanasan digunakan untuk membantu proses ini.
mass spectrometryspektrometri jisimHerbaTiadaKaedah pemusnahan yang digunakan untuk menganalisis struktur suatu molekul yang dibedil oleh elektron atau proton bertenaga tinggi dan menghasilkan fragmen bercas yang spektrumnya dapat dianalisis melalui perbezaan jisim. Kaedah ini biasanya digunakan untuk elusidasi struktur komponen kimia tulen yang dipencilkan daripada bahan herba. Spektrum jisim suatu bahan herba juga digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik.
actual total losskerugian menyeluruh sebenarinsuransTiadaPemusnahan menyeluruh ke atas sesuatu harta. Kerugian seperti ini menyebabkan pemilik harta mendapat amaun maksimum daripada polisi.
antibioticantibiotikKejururawatanTiadaBahan kimia yang berupaya merencatkan pembiakan dan pemusnahan mikroorganisma.
liver cirrhosissirosis heparKejururawatanTiadaPenyakit hepar kronik yang dicirikan oleh pemusnahan sel-sel hati dan digantikan dengan tisu berserat yang abnormal. Akhirnya keadaan ini boleh mengakibatkan kegagalan fungsi hepar.
nephritisnefritisHerbaFitoterapiKeradangan nefron, iaitu unit yang berfungsi di dalam buah pinggang. Nefritis juga dikenali sebagai glomerulonefritis yang mengakibatkan pemusnahan atau proliferasi tisu buah pinggang.
Good Collection Practices (GCP)Amalan Pengumpulan Baik (GCP)HerbaTiadaGaris panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dipatuhi untuk pengumpulan dan penuaian bahan herba. Kakitangan yang terlibat mesti mahir, mempunyai latihan botani yang memadai serta tahap kebersihan dan kesihatan yang baik. Semasa pengumpulan, peralatan dan kemudahan yang digunakan harus bebas daripada pencemaran silang dan bahan herba yang dituai mestilah mengandungi hasil dan komponen kimia aktif pada tahap yang optimum. Pengumpulan liar harus mematuhi peraturan pemuliharaan negara dan serantau, dan tidak menyebabkan pemusnahan biodiversiti. Bahan terkumpul harus bebas daripada rumpai toksik dan harus diangkut secepat mungkin ke tapak pemprosesan. GCP ini merupakan sebahagian daripada proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal kemampanan bahan herba dan kelestarian sumber semula jadi. Sinonim GCP.

Kembali ke atas