pen-to-nose-exercisa | latihan pen ke hidung | Sains Kesihatan | Tiada | Terapi penglihatan secara menumpukan perhatian ke arah mata pen yang digerakkan secara mendekati dan menjauhi hidung. |
fish-pen | sangkar ikan | Perikanan | Akuakultur | Sistem ternakan ikan secara kepungan yang dipacak di dasar laut atau sungai yang cetek menggunakan bahan seperti buluh, netlon atau pukat polietilena. |
vacuum advance | lajakan vakum | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Mekanisme yang melajakkan atau merencatkan pemasaan pen- cucuhan melalui tindakan vakum yang dijana oleh pancarongga pengambilan enjin. Keadaan vakum ini dipengaruhi bukaan pendikit dan beban enjin. Apabila injap pendikit terbuka separuh, keadaan vakum dalam pancarongga pengambilan menarik diafragma dalam pengagih menyebabkan plat pemutus berputar beberapa darjah dan melajakkan masa pencucuhan. Lajakan vakum tidak berlaku dalam kes pendikit tertutup atau pendikit terbuka sepenuhnya. |
net torque | kilasan bersih | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Daya putaran yang dijanakan oleh enjin pada pemasaan pen- cucuhan yang optimum untuk julat kelajuan tertentu. Kilasan bersih diukur menggunakan dinamometer yang menghasilkan lengkung kilasan untuk menunjukkan prestasi. Enjin yang ditukur prestasinya perlu dipasang dengan semua komponen asas Tindan aksesori piawai seperti kipas, pengulang alik dan pam air. |
low cost house | rumah kos rendah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Rumah yang dibina untuk memenuhi keperluan pen- duduk berpendapatan rendah dengan harga murah. |
dowel pin | cemat penetap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen berbentuk cemat logam yang dimasukkan ke dalam lubang pada satu komponen bertujuan untuk menetapkan pen- jajaran komponen yang dipasang pada cemat tersebut. |
kinesthetic learner | pelajar kinestetik | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pelajar yang selesa dengan kaedah pengajaran melalui sentuhan dan gerakan diri sendiri seperti menggerakkan badan, membuat aktiviti fizikal, membuat amali, menggunakan pen penyerlah berwarna, melukis gambar dan mencoret. Banding pelajar visual, pelajar auditori. |
dry cleaning powder | serbuk cucian kering | Kesenian | Hiasan Dalaman | Serbuk putih yang ditabur dan digosok pada permukaan kertas surih atau velum. Serbuk ini digunakan untuk menghapuskan kesan minyak bagi memudahkan kerja melukis yang menggunakan pen teknikal atau pensel supaya garisan lukisan menjadi lebih berkualiti. |
Otto cycle | kitar Otto | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Prinsip kerja yang digunakan dalam operasi enjin gasolin empat lejang. Kitar ini bermula dengan campuran udara-bahan api disedut semasa lejang pengambilan dan dimampatkan oleh pergerakan omboh dalam lejang mampatan. Sebelum lejang mampatan berakhir, campuran udara-bahan api yang bertekanan tinggi dinyalakan oleh unsur pencucuhan seperti palam pen- cucuh. Tindakan ini menyebabkan proses pembakaran berlaku dan menghasilkan kuasa semasa lejang kuasa. Kitar ini menjadi lengkap dengan hasil pembakaran ini ditolak keluar semasa lejang ekzos. Banding kitar diesel. |