Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.kaian] | ڤناکاين

Definisi : proses (tindakan, perbuatan, usa­ha dsb) menakai: maklumat ini diperlukan utk memudahkan kerja ~ ternakan yg ber­penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.kaian] | ڤناکاين

Definisi : perihal atau perbuatan me­nakai: ~ dijalankan berdasarkan mak­lumat atau hasil pemerhatian yg di­lakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penakaian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plantspenakaian (tumbuhan)PertanianAgroteknologiProses memilih dan menyingkirkan anak benih tanaman yang tidak subur atau tidak mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki. Tujuan penakaian adalah supaya hanya anak benih yang sesuai digunakan untuk ditanam di ladang. Biasanya, penakaian berlaku setelah anak benih mencapai pertumbuhan selama 2 atau 3 bulan dan peratus penakaian adalah lebih kurang 20%. Untuk tanaman seperti betik, hanya pokok hermafrodit yang ditinggalkan setelah penakaian pokok betina dan jantan dilakukan, iaitu selepas 2 - 3 bulan di ladang setelah anak pokok tersebut mengeluarkan bunga.
cullingpenakaianVeterinarTiadaProses mengeluarkan seekor haiwan dari kumpulannya. Haiwan tersebut dikeluarkan atas sebab kecacatan, pertumbuhan yang rendah, berpenyakit, terlalu tua, kegagalan membiak atau mempunyai kadar prestasi pembiakan yang rendah. Proses ini juga dilakukan untuk mengelakkan pembiakan rambang antara haiwan dalam kumpulan yang sama. Haiwan yang ditakai biasanya akan dijual untuk disembelih.
roguingpenakaianBiologiPatologiKaedah pengawalan penyakit yang termasuk dalam sanitasi, iaitu mencabut, dan memusnahkan individu tumbuhan yang terserang penyakit, atau yang tidak diingini.
independent culling methodkaedah penakaian bebasPerikananTiadaTiada
independent culling levelaras penakaian bebasVeterinarTiadaTiada
dairy herd improvement schemeskim pembaikan kelompok tenusuVeterinarTiadaSkim untuk meningkatkan keupayaan genetik lembu tenusu melalui pemilihan dan penakaian berperingkat. Pemilihan boleh dilakukan berdasarkan kepada pengeluaran susu, pedigri (berdasarkan baka) dan prestasi atau kualiti anak-anak haiwan ternakan. Tujuan skim ini adalah untuk mengeluarkan populasi ternakan yang bermutu.
eradicationpembasmianBiologiPatologiPenyembuhan penyakit dengan cara memusnahkan patogen, misalnya sumber inokulum. Usaha ini termasuklah memusnahkan perumah terjangkit yang bertujuan memusnah sumber inokulum. Kaedah lain yang sering dilakukan ialah mencabut dan memusnahkan tanaman yang terserang dengan cara membakarnya. lih. penakaian.

Kembali ke atas