dry sump oil system | sistem minyak takungan kering | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pelinciran yang penakung minyaknya dipasang di luar enjin. Dalam sistem ini, minyak pelincir dipam dari penakung minyak. Selepas proses pelinciran, minyak tersebut dipam kembali ke dalam penakung. |
wet sump oil system | sistem minyak takungan basah | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pelinciran yang penakung minyaknya dipasang di bawah kotak engkol. Dalam sistem ini, minyak pelincir dipam dari penakung minyak. Selepas proses pelinciran, minyak tersebut mengalir kembali ke dalam penakung secara tarikan graviti. |
oil pan/sump | penakung minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian bawah enjin pada kotak engkol yang berfungsi sebagai takungan minyak pelincir. |
oil pump | pam minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang memaksa minyak mengalir dari penakung minyak ke dalam sistem pelinciran enjin. Pam minyak dipacu oleh aci sesondol atau motor elektrik. |
oil level indicator | penunjuk aras minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang menunjukkan aras minyak pelincir yang sesuai dalam penakung minyak. Terdapat dua bentuk penunjuk aras minyak pelincir yang digunakan, iaitu pengukur celup dan kaca penglihatan. Bagi pengukur celup dan kaca penglihatan, terdapat tanda aras maksimum dan minimum. Aras minyak pelincir perlu dipastikan berada di antara dua aras ini bagi memastikan minyak pelincir tidak melebihi jumlah yang di- tentukan atau tidak terlalu kurang daripada had minimumnya. Sinonim pengukur celup. |
wet pump oil system | sistem pam minyak basah | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gabungan komponen yang digunakan untuk mengepam minyak pelincir dari penakung minyak ke galas dan komponen, yang saling bergelangsar dalam enjin. Komponen tersebut terdiri daripada pam jenis gear, penyaring, pengatur tekanan, penapis dan tiub pernafasan. |
lubricating system | sistem pelinciran | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem yang membekalkan minyak pelincir ke dalam enjin un- tuk mengelakkan sentuhan antara dua permukaan logam yang sedang bergerak. Sistem ini dikendalikan oleh pam minyak yang menyedut minyak dari penakung minyak dan menghan- tarnya ke galas utama untuk melincirkan putaran aci engkol. Minyak juga dihantar untuk melincirkan pergerakan galas rod dengan aci engkol dan melincirkan pergerakan omboh dengan dinding silinder. Aliran minyak juga dihantar ke kepala silinder untuk melincirkan galas aci sesondol dan komponen dalam rangkaian injap. Seterusnya, kitaran ini dilengkapkan apabila minyak dikembalikan ke penakung minyak. |