Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.kut] | ڤناکوت

Definisi : orang yg) mudah takut, pengecut: kalau sudah begitu, baru tahu siapa ~ siapa berani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.kut] | ڤناکوت

Definisi : orang yg mudah berasa takut; pengecut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,

Peribahasa

Bagai menggelikan induk ayam.

Bermaksud :

Memberanikan orang penakut.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
emblematicnama lambangKesusasteraanTiadaNama yang diberikan kepada watak dalam sesebuah cereka. Nama ini sebenarnya menepati dan memperlihatkan sifat-sifat sebenar watak tersebut. Melalui nama lambang, pembaca dapat mengetahui ciri-ciri seseorang watak, sama ada tegas, berani, bengis, gagah, cantik, penakut, pemalas dan sebagainya. Dengan kata lain, nama lambang memaparkan ciri-ciri peribadi sebenar watak. Ciri-ciri ini tergambar melalui sifat fizikal dan spiritual watak yang dilukiskan oleh pengarang dalam karyanya. Unsur nama lambang banyak terdapat dalam karya Melayu tradisional, khususnya melalui nama putera dan puteri raja Melayu yang memainkan watak hero atau heroin. Hal ini sama tergambar dalam nama puteri-puteri Melayu yang dilukiskan dengan begitu indah demi menggambarkan kecantikan dan kejelitaan mereka. Contohnya, nama Pak Pandir ialah perlambangan watak yang bodoh sementara Lebai Malang pula menggambarkan watak yang sentiasa dirundung malang.
exemplumcerita moralKesusasteraanTiadaCerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita �Orang Tamak Selalu Rugi�. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nun�s Priest�s Tale oleh Chaucer. Cerita moral banyak terdapat dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, khususnya dalam karya kitab agama Islam. Pengarang kitab zaman silam sering menghuraikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan nilai moral manusia dengan selingan cerita nasihat bersumberkan pelbagai kitab Arab, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan para nabi, ulama, raja dan orang alim. Cerita moral juga menjadi bahan penceritaan yang penting dalam sastera kanak-kanak untuk menyampaikan pengajaran kepada golongan pembaca berkenaan. Lihat juga anekdot, fiksyen moral.

Kembali ke atas