tune-up | penalaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Prosedur memeriksa, menguji dan melaras sesebuah enjin dan menggantikan sebarang komponen yang haus. Tujuan prosedur ini adalah untuk mengembalikan prestasi enjin dan penggunaan bahan api yang ekonomi serta mengurangkan bahan pencemar dalam pancaran ekzos. Penalaan melibatkan pemeriksaan komponen dalam sistem pencucuhan, karburetor atau sistem suntikan bahan api serta pelarasan pemasaan enjin. Prosedur perlu dilaksanakan seperti yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. |
tune up | penalaan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kaedah yang digunakan untuk memeriksa, menguji dan melaras pemasaan enjin. |
engine tune-up | penalaan enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Prosedur pemeriksaan, pengujian dan pelarasan bagi sesebuah enjin. Semasa prosedur ini dijalankan, sebarang komponen yang haus akan diganti dan keadaan enjin dipulihkan supaya menghasilkan prestasi yang maksimum atau terbaik. Kekerapan prosedur ini bergantung pada jenis enjin dan penjadualan penyelenggaraan yang ditentukan oleh pengeluar kenderaan. |
engine performance | prestasi enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan enjin ketika beroperasi atau berfungsi dalam pelbagai keadaan seperti yang diingini oleh pemandu. Prestasi enjin yang baik bermakna enjin mampu menghasilkan respons yang baik mengikut masukan yang diberikan oleh pemandu. Enjin berprestasi baik boleh dicapai sekiranya kenderaan diselenggarakan dengan sempurna dan mengikut jadual penyelenggaraan. Lihat juga penalaan enjin. |