manufacturing line extension | pemanjangan saluran pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Penambahbaikan operasi atau sistem dalam pembuatan produk untuk meningkatkan pengeluaran atau kualiti produk. Pemanjangan saluran pengilangan memerlukan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). |
content editing | penyuntingan kandungan | - | Tiada | Proses menyunting teks yang merangkumi penambahbaikan terhadap susunan struktur, persembahan dan fakta. Sinonim substantive editing. |
copy editing | penyuntingan naskhah | - | Tiada | Proses menyunting teks yang merangkumi penambahbaikan terhadap bahasa, keselarasan, ketekalan dan susunan. Sinonim table editing. |
digital image | imej digital | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Perwakilan imej dalam bentuk digital. Pendigitan imej analog membenarkan perkembangan dan penambahbaikan proses analisis dalam bidang seperti pemeliharaan artifak, perubatan, astronomi, perundangan, dan pertahanan. Keupayaan pengkomputeran yang tinggi memudahkan lagi pemprosesan imej digital dengan lebih tepat, seperti pembinaan semula imej tengkorak yang rosak akibat kemalangan. |
constructive criticism | kritikan membina | Umum | Tiada | Kritikan untuk membantu seseorang dengan cara memberikan cadangan khusus dan tindakan yang berkesan bagi penambahbaikan yang positif. Kritikan ini lebih jelas, tepat sasaran dan mudah untuk dilaksanakan. |
eco-innovation | ekoinovasi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembangunan produk dan proses baharu yang lebih baik ke arah teknologi mampan dan menyumbang kepada penambahbaikan daya tahan alam terhadap tekanan alam sekitar, atau penggunaan sumber semula jadi yang lebih efisien. |
environmental impact assessment | penilaian kesan alam sekitar | Teknologi Hijau | Tiada | Kajian untuk mengenal pasti, meramal, menilai dan memberi serta berkongsi maklumat mengenai kesan projek yang dicadangkan terhadap alam sekitar dan menetapkan langkah penambahbaikan, setelah mendapat maklum balas daripada pihak yang berkepentingan. |
traditional medicine | perubatan tradisional | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Gabungan ilmu, kemahiran, dan amalan masyarakat tempatan berdasarkan teori, kepercayaan, dan pengalaman budaya masing-masing. Perubatan tradisional yang diamalkan dalam penjagaan kesihatan termasuklah pencegahan, pengenalpastian, penambahbaikan atau perawatan penyakit fizikal dan mental. |
monitoring report | laporan pengawasan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen bertulis yang lengkap berkaitan dengan penemuan sesuatu yang tidak mematuhi prosedur dan garis panduan. Laporan pengawasan penting untuk mengenal pasti arah aliran/kecenderungan/trend proses dan tindakan yang boleh diambil untuk penambahbaikan dan pencegahan. |
copyleft | hak terbuka | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu bentuk kebenaran untuk mengguna, mengubah suai, memperluas dan mengedar semula sesuatu hasil kerja kreatif dan hasil kerja lanjutan secara bebas dan terbuka kepada umum dengan mengekalkan hak kebenaran kepada terbitan selanjutnya. Hak terbuka ini membantu meluaskan penggunaan dan penambahbaikan hasil kerja untuk faedah bersama. Contoh hak terbuka ialah Apache OpenOffice, FileZilla dan Moodle. Banding hak cipta. |