phenotype | fenotip | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Penampilan fizikal yang ditunjukkan oleh haiwan akibat interaksi genotip dengan persekitaran tertentu, tanpa mengira genotip sebenar haiwan. Fenotip ialah hasil sumbangan daripada gen haiwan dan pengaruh faktor persekitaran. |
metrosexual | metroseksual | Sosiologi | Tiada | Lelaki yang mementingkan penampilan dan penjagaan diri. |
auto-sexing | pengautoseksan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah untuk mengenal pasti jantina anak ayam berdasarkan penampilan anak ayam tersebut selepas menetas. Pengautoseksan lazimnya berlaku dalam sesetengah baka tulen ayam. |
website defacement | pencacatan tapak sesawang/ pencacatan tapak web | Teknologi Maklumat | Tiada | Serangan terhadap laman sesawang yang mengubah penampilan visual laman sesawang atau laman web tersebut. Serangan ini biasanya dilakukan oleh individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab yang memecah masuk ke dalam pelayan web dan menggantikan hos laman sesawang tersebut kepada salah seorang daripada mereka dengan menggunakan pelbagai cara untuk mengakses ke laman sesawang tersebut. |
imagism | imagisme | Kesusasteraan | Tiada | Suatu gerakan dalam kalangan penyair yang menampilkan imejan yang konkrit, jelas dan tertumpu pada puisi bebas. Penampilan imejan dilakukan tanpa komen oleh penyair itu sendiri. Imejan ini melahirkan respons intelektual dan emosional yang kompleks dalam sekilas masa. Contoh puisi imagisme ditemui dalam �In a Station of the Metro� oleh Ezra Pound. Gerakan imagisme popular di England dan Amerika antara tahun 1912-1917 sebagai tentangan terhadap puisi pada penghujung abad ke-19 yang dianggap sentimental oleh Ezra Pound, pengasas gerakan ini. Gerakan imagisme dipengaruhi oleh sajak haiku Jepun, sejenis puisi lirik yang mengutarakan pemerhatian penyair terhadap objek atau pemandangan alam. Secara umumnya, imagisme dikatakan menyumbang kepada permulaan sajak moden. |
boasting poem | puisi degar | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dibentuk dengan menerapkan bahasa dan unsur� unsur yang berlebih-lebihan untuk menyampaikan sesuatu pemikiran yang sebenarnya tidak sehebat penerapan bahasanya itu. Penampilan sedemikian bertujuan untuk menarik perhatian khalayak. Contohnya, Air didih menganak sungai |
baroque | barok | Kesusasteraan | Puisi | Gaya dalam pengucapan seni sastera termasuk puisi dan bentuk� bentuk seni seperti seni rupa, seni bina dan seni muzik. Biasanya puisi yang dicipta pada zaman barok ini disarati bunga-bunga bahasa anafora, hiperbola dan metafora. Cara pemaparannya meleret-leret dan berlebih-lebihan. Gaya pengucapan dan penampilan barok mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-17 dan ke-18 di Eropah. |
epic | epik | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang mengisahkan pengembaraan atau kepahlawanan tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Biasanya, kisah epik berkisar tentang seorang tokoh yang wujud dalam sejarah, legenda atau kepercayaan masyarakat setempat. Kisah pengembaraan dan wira pula meliputi alam nyata dan alam kayangan, melibatkan manusia dewa, peristiwa logik dan fantasi dan sebagainya. Biasanya, epik wujud dalam bentuk puisi dan prosa yang panjang dengan penampilan nilai konvensi, estetik, dan mutu kepengarangan yang tinggi. Terdapat dua jenis epik. Pertama, epik rakyat (epik tradisional/epik primer), iaitu epik yang wujud dalam masyarakat lisan dengan pengarang yang tidak diketahui namanya. Epik berkenaan banyak bersumberkan unsur mitos dan legenda yang wujud dalam tradisi kepercayaan masyarakat tersebut. Kedua, epik seni (epik sekunder), iaitu epik yang muncul dalam budaya tulisan dan kebanyakannya dihasilkan oleh pengarang yang terkenal. Antaranya ialah Iliad dan Odyssey oleh Homer (Yunani). Contohnya, dalam karya berjudul Iliad, terdapat kisah wira Yunani bernama Achilles, anak kepada Nereid yang berperang dalam Peperangan Trojan. Dalam karya berjudul Paradise Lost oleh Milton (Inggeris) pula, terdapat kisah kekalahan dan kejatuhan manusia. Contoh karya epik Parsi ialah Shah-nama oleh Firdawsi. Antara karya epik seni yang penting dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Hang Tuah. Lihat juga epik rakyat, epik seni. |
counter culture | budaya saingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Budaya yang bersaing dengan budaya lain yang menjadi ikutan majoriti masyarakat. Budaya ini dibentuk dan digerakkan oleh sekelompok minoriti ahli masyarakat yang cuba mempertahankan nilai tradisional dan tempatan yang terhakis akibat pengaruh nilai luar yang semakin menular ke dalam masyarakat tersebut. Kelompok yang menggerakkan budaya ini akan menggunakan pelbagai mekanisme untuk menyaingi budaya majoriti, antaranya melalui bahasa, organisasi, muzik, ideologi, penampilan dan juga tingkah laku sebagai langkah menyedarkan masyarakat. Contohnya, irama muzik etnik sebagai budaya saingan kepada irama muzik Barat yang digemari oleh remaja di negara ini. |
universality | kesejagatan | Kesusasteraan | Tiada | Sifat seni atau sastera yang mengatasi batas-batas ruang dan masa, dan menjadi tarikan kepada manusia sejagat. Longinus, seorang ahli falsafah Yunani mengungkapkan bahawa karya sastera yang bermutu tinggi sentiasa menyenangkan hati semua manusia pada bila-bila masa dan di mana juga. Menurut beliau, sebarang penulisan yang membangkitkan kesan rasa yang dapat dikongsi bersama dan berkekalan, mempunyai unsur dan nilai kesejagatan. Kesejagatan ditampilkan dengan kehadiran pelbagai sifat, idea, nilai dan keperluan asasi manusia yang dapat dikongsi bersama. Antara ciri utama yang memperlihatkan kesejagatan dalam sastera ialah watak manusia yang sentiasa berusaha mencari kebahagiaan, atau manusia yang terlibat dalam pertarungan antara kebaikan dengan kejahatan. Ada pendapat yang menganggap bahawa penampilan tipa induk dalam karya sebagai ciri kesejagatan kerana kaitannya dengan ingatan tidak sedar kolektif manusia. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin universalis yang bermaksud �semua, secara kolektif, dan seluruh dunia�. Lihat juga tipa induk. |