Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nan.da] | ڤنندا

Definisi : apa yg digunakan sbg tanda, sesuatu yg menandakan: lepaskan pula air dr dlm buret itu hingga sampai pd paras kertas ~ tabung uji kosong ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nan.da] | ڤنندا

Definisi : sesuatu yg digunakan sbg tanda; apa-apa yg menjadi tanda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penanda


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
physical mappeta fizikalBioinformatikBioinformatik MolekulPaparan maklumat yang menunjukkan lokus penanda DNA pada sesuatu kromosom, seperti susunan penanda DNA dan jarak fizikal di antara penanda DNA pada kromosom. Lihat juga pemetaan fizikal.
herbal marker compoundsebatian penanda herbaHerbaTiadaSebarang komponen kimia tulen dan unik yang terkandung dalam suatu bahan herba dan digunakan sebagai bahan rujukan untuk menilai keaslian dan kualiti bahan mentah herba. Sebatian penanda herba merupakan satu atau campuran beberapa komponen kimia yang aktif atau yang tidak aktif secara biologi. Kandungan sebatian penanda herba ditentukan secara kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan kaedah kromatografi dan spektroskopi. Kandungan sebatian penanda herba yang mematuhi had piawai menunjukkan bahawa bahan mentah atau sediaan herba tersebut memenuhi syarat spesifikasi herba piawai. Contohnya, sebatian penanda asiatikosida dalam pegaga, kurkumin dalam kunyit dan alisin dalam bawang putih.
genome mappingpemetaan genomBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah untuk mengenal pasti lokus gen dan penanda DNA, dan jarak relatif di antara gen dan penanda DNA pada kromosom. Kaedah ini digunakan untuk memetakan penanda molekul di lokasi yang bersesuaian pada kromosom, dan seterusnya menghasilkan peta genetik atau peta fizikal untuk kromosom atau genom tersebut. Lihat juga peta genetik, peta fizikal.
hypertext markup language 5 (HTML5)bahasa penanda hiperteks 5 (HTML5)Teknologi Maklumate-PembelajaranBahasa penanda teras bagi jaringan sejagat (WWW) revisi utama ke-5. HTML yang dibangunkan oleh Konsortium Jaringan Sejagat (W3C) pada asalnya sebagai bahasa pemerihal dokumen saintifik secara semantik, seterusnya dinaik taraf untuk membenarkan adaptasi pelbagai jenis dokumen dan juga aplikasi web. HTML 5 merupakan alat penting dalam pembangunan platform e-pembelajaran.
flagpenandaTeknologi Maklumate-KesihatanHuruf-huruf khusus pada keputusan ujian makmal untuk mendapatkan perhatian pengamal perubatan terhadap keputusan ujian tersebut. Lazimnya, aras normal pada keputusan ujian makmal telah ditetapkan mengikut selang rujukan tertentu. Setiap keputusan yang tidak normal akan mengeluarkan penanda untuk makluman dan tindakan selanjutnya oleh pengamal perubatan sekiranya perlu. Contohnya, jika keputusan ujian gula lebih tinggi daripada selang rujukan, penanda ‘H’ akan dipaparkan.
physical mappingpemetaan fizikalBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah untuk mencari susunan penanda DNA dan jarak fizikal di antara penanda DNA pada sesuatu kromosom.
distance markerpenanda jarakKesusasteraanTiadaElemen teks yang dimanipulsi oleh penulis untuk mengedarkan pembaca. Pembaca disedarkan tentang kehadiran dua dunia yang berbeza, iaitu dunia yang dikenali dan dunia yang tidak dikenali. Penggunaan element teks seperti ini biasanya terdapat dalam karya sains fiksyen dan fantasi. Contohnya, novel bertajuk The Time Machine oleh H. G. Wells. Apabila protagonisnya, iaitu seorang pengembara yang dapat merentasi jarak dan masa, menemui artifak pada zamannya, maka penemuan artifak tersebut merupakan penanda jarak antara dunia kini dengan dunia futuristik.
quantitative analysisanalisis kuantitatifHerbaTiadaKaedah pengukuran kandungan bahan kimia penanda yang terdapat dalam bahan herba. Data yang diperoleh daripada analisis ini menyatakan kepekatan atau kekuatan bahan kimia aktif tersebut. Kaedah ini berguna untuk memastikan kualiti, ketulenan, keselamatan dan keberkesanan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Menurut British Pharmacopoeia, kandungan bahan kimia penanda dalam bahan herba ditentukan secara kuantitatif melalui pelbagai kaedah assai.
chinamarkpenandaKomunikasiTiadaPensel berwarna putih yang digunakan untuk menanda bahagian-bahagian filem yang hendak dipotong semasa penyuntingan. pensel cina, penukis.
active markerpenanda aktifHerbaTiadaJuzuk atau sekumpulan juzuk yang dipersetujui mempunyai aktiviti terapeutik dan digunakan sebagai bahan rujukan untuk menilai kualiti dan keberkesanan bahan mentah, sediaan atau produk sesuatu herba. Contohnya, eurikomanon dalam tongkat ali, kurkumin dalam kunyit dan alisin dalam bawang putih.
1234

Kembali ke atas