rootstock | pokok penanti | Pertanian | Agronomi | Anak pokok yang dipilih untuk dicantumkan dengan sion. Salah satu ciri pokok penanti ialah keserasian dengan sion. Selain itu, pokok penanti perlu mempunyai sistem pengakaran yang baik. Pokok penanti digunakan di dalam tanaman buah-buahan dan getah sebagai salah satu cara untuk pembiakan tampang. Contohnya, pokok mangga Choo Ka Nan (sion) dicantumkan ke atas mempelam telur (penanti). |
Cleft grafting | Cantuman baji | Pertanian | Agronomi | Kaedah mencantumkan pokok penanti yang matang dengan sion yang lebih muda. Pokok penanti terlebih dahulu dipotong bersih dan dibelah di tengah batang sehingga 10 cm dalam. Dahan pokok sion dipotong dan ditajamkan di bahagian bawah. Satu pokok penanti boleh dicantumkan dengan dua atau lebih dahan sion. Bahagian cantuman kemudiannya ditutupi lilin untuk mengelakkan cantuman kehilangan air. |
side grafting | cantuman sisi | Pertanian | Agronomi | Cantuman yang dilakukan dengan cara merapatkan pokok penanti dalam pasu dengan cabang sion. Kulit pokok penanti dan cabang sion dikopek dan dicantumkan dengan menggunakan tali pita. Setelah pencantuman batang berjaya, batang di atas cantuman pada pokok penanti dibuang, manakala cabang sion di bawah bahagian yang bercantum diasingkan. Kaedah penyambungan untuk memulihkan pokok yang telah dikelar atau dikopek kulitnya akibat dimakan oleh tikus atau kecederaan. Bahagian kulit di atas dan di bawah gelangan ini disambung semula dengan kaedah cantuman titian. Cantuman titian dibuat dengan menggunakan beberapa sion yang diselit dalam kulit atas dan bawah gelangan. |
Bud selection | Pemilihan mata tunas | Pertanian | Agronomi | Prosedur yang perlu dilakukan sebelum membuat cantuman mata tunas. Mata tunas pada pokok yang hendak dibiakkan mesti dipilih daripada batang yang sama peringkat perkembangannya dengan pokok penanti. Sekiranya pokok penanti mempunyai kulit matang berwarna perang, maka mata tunas mesti daripada cabang matang. Sebaliknya, sekiranya pokok penanti berbatang hijau, mata tunas mesti dipilih daripada cabang yang masih hijau. Selain itu, mata tunas yang dipilih mesti berada dalam keadaan rehat dan belum aktif. |
Chip budding | Cantuman serpihan | Pertanian | Agronomi | Teknik cantuman mata tunas yang serpihan kulit dan isinya dibuang daripada pokok penanti. Kemudian, tompok mata tunas diambil daripada pokok sion dengan memotong serpihan yang sama bentuk dan saiz dengan serpihan yang telah dibuang di pokok penanti. Serpihan mata tunas dilekatkan pada pokok penanti untuk menggantikan serpihan yang telah dibuang. Kemudian, pokok penanti dan serpihan sion ini dibalut beberapa lapis dengan menggunakan plastik lut sinar untuk melindungi mata tunas daripada kekeringan. Setelah dua minggu, pembalut dibuka dan sekiranya berjaya, mata tunas akan mengeluarkan pucuk. |
bark grafting | cantuman kulit | Pertanian | Agronomi | Kaedah cantuman yang dilakukan dengan menyelitkan sion di antara kulit pokok penanti dengan kayunya. Bahagian bawah sion ditajamkan dan sebahagian kecil kulit pokok penanti diumpil dengan pisau cantuman supaya sion dapat diselitkan. Untuk mengukuhkan cantuman ini paku kecil boleh digunakan untuk melekatkan semula kulit pokok penanti. Kaedah cantuman kulit digunakan untuk memulihkan pokok yang sudah tua tanpa menanam benih baru. |
bark grafting | cantuman kulit | Pertanian | Agronomi | Kaedah cantuman yang dilakukan dengan menyelitkan sion di antara kulit pokok penanti dengan kayunya. Bahagian bawah sion ditajamkan dan sebahagian kecil kulit pokok penanti diumpil dengan pisau cantuman supaya sion dapat diselitkan. Untuk mengukuhkan cantuman, paku kecil boleh digunakan untuk melekatkan semula kulit pokok penanti. Cantuman kulit digunakan untuk memulihkan pokok yang sudah tua tanpa perlu menanam benih baru. |
basal budding | cantuman tunas pangkal | Pertanian | Agronomi | Cantuman tunas yang dibuat pada pangkal pokok penanti. Kaedah cantuman ini diamalkan supaya sebahagian besar pokok hasil cantuman terdiri daripada baka tunas dan hanya bahagian akar pokok yang mempunyai baka pokok penanti. Kaedah ini juga mengurangkan masalah pengeluaran sulur pokok daripada baka pokok penanti yang perlu dicantas untuk memelihara ketulenan baka tunas. |
Grafting | Cantuman | Pertanian | Tiada | Proses menyisip atau melekapkan sion pada pokok penanti. Kaedah ini boleh dibuat dengan menggunakan tunas pucuk atau kepingan batang yang mengandungi mata tunas daripada tanaman terpilih kepada pokok penanti. Tujuan utama proses ini adalah untuk menghasilkan tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri pokok induk dan mempercepatkan pengeluaran buah. Contohnya kaedah ini digunakan untuk mengekalkan ciri-ciri durian D24 |
Budded stump | Tunggul cantuman | Pertanian | Agronomi | Bahan tanaman yang dihasilkan setelah membuat cantuman mata tunas kepada pokok penanti. Jika cantuman itu berjaya, semua cabang pokok penanti atas daripada tapak cantuman akan dicantas. Kemudian pokok ini digali dan cabang-cabang akarnya dicantas. Tunggul yang mengandungi mata tunas yang baru dicantum ini boleh ditanam terus di ladang. |