total filter | penapis keseluruhan | Kejuruteraan | Tiada | Penapis yang diperbuat daripada penapis-penapis inheren. |
coarse strainer | saring kasar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Penapis yang mempunyai unsur penapis berlubang besar. Unsur penapis jenis ini biasanya diperbuat daripada logam. Penapis ini digunakan untuk melindungi mesin seperti pam daripada dimasuki bahan cemar bersaiz besar. |
Tyler standard screen series | siri penapis piawaian Tyler | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Siri penapis atau pengayak yang berdasarkan 200 mesy sebagai 0.074 mm lubang jerlusan serbuk. Ini bermakna terdapat 200 lubang jerlusan serbuk dalam setiap keluasan satu inci persegi penapis. Setiap penapis dikenal pasti sebagai bilangan lubang jerlusan serbuk dalam keluasan satu inci persegi penapis. Keluasan lubang jerlusan penapis di bawah dalam siri Tyler bersaiz dua kali lebih kecil daripada yang terdapat pada penapis di atas. Saiz mesy di bawah adalah daripada saiz mesy di atas. |
coated lenses | kanta bersalut | Komunikasi | Tiada | Kanta yang disalutkan dengan bahan penapis untuk menghasilkan kesan khas. Kanta ini boleh disalut dengan penapis berwarna putih atau penapis berbintang. |
shell-leaf filter | penapis kelompang daun | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Alat penapisan pepejal daripada bendalir pada keadaan tekanan yang tinggi bagi menjimatkan tenaga pekerja dan memudahkan pembasuhan kek. Penapis ini terdiri daripada beberapa penapis yang disusun di dalam kelompang tertutup. Bendalir yang akan ditapis disuapkan ke dalam kelompang melalui penapis dan bendalir yang bersih dikeluarkan di bahagian hujung kelompang. Unit ini kerap digunakan dalam proses penapisan yang menggunakan bahan bantu turas. |
secondary filter | penapis sekunder | Kejuruteraan | Tiada | Bahan dengan nombor atom yang lebih rendah daripada bahan penapis primer, yang digunakan untuk menapis alur sinaran dan untuk menghalang sinaran yang terhasil daripada penapis primer. |
well completion | penyelesaian perigi | Hidrogeologi | Tiada | Segala kegiatan yang membolehkan kemasukan air tanah ke dalam sesebuah perigi pengeluar. Bagi perigi pengeluar di lapisan peroi, kegiatan ini melibatkan pemasangan paip lindung dan penapis, penempatan penapis kerikil untuk pengeluaran optimum dan pengujian sebelum pemasangan terakhir alat-alat pam. |
surface filter media | media penapis permukaan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Bahan berliang yang memerangkap bahan cemar pepejal yang terdapat dalam aliran bendalir yang melintasi permukaan penapis. Saiz liang biasanya seragam dan penapis ini banyak digunakan dalam sistem hidraulik dan sistem pelinciran. |
mode filter | penapis ragaman | Kejuruteraan | Tiada | Penapis pandu gelombang yang mengasingkan gelombang daripada mod perambatan yang berlainan tapi mempunyai frekuensi yang sama. |
digital filter | penapis digit | Geologi | Tiada | Penapis atau penuras elektrik yang bergerak balas kepada input yang telah ditentukan kuantitinya dalam bentuk denyut. |